Pesona bakal supermodel
Menempah nama dalam industri peragaan di peringkat antarabangsa adalah impian bagi setiap model, namun untuk mencapainya tidak mudah seperti disangka. Pelbagai cabaran dan usaha keras perlu dilakukan untuk dikenali dalam industri tempatan, seterusnya barulah dapat mengembangkan bakat di luar negara.
Bagi bakal supermodel, Josephine Tan, 23, dan Sheena Liam, 22,
peluang menyertai musim kedua program realiti Asia’s Next Top Model
digunakan sebagai landasan untuk mereka dikenali di peringkat
antarabangsa.
Kedua-dua gadis jelita itu akan bersaing dengan 14 peserta lain dari 12 negara untuk bergelar Supermodel di rantau Asia. Sheena berkata, peluang menyertai program itu ibarat impian
menjadi kenyataan selepas menarik diri dari sesi uji bakat musim pertama
pada 2012. (myMetro)
Asia’s Next Top Model (Cycle 2)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banggakah Malaysia yang mengaku negara Islam, menonjolkan tempahan nama dalam industri peragaan di peringkat antarabangsa seperti ini?
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
No comments:
Post a Comment