Friday, January 31, 2014

Ini Bilik Muammar Qaddafi Dikhaskan Untuk Merogol Rakyat..

Dokumenter Inggris ungkap ruang seks Muammar Qaddafi
Ruangan tempat Qaddafi menahan ratusan perempuan sebagai hamba seksnya masa dia berkuasa. alarabiya.net

HANYA Allah saja yang tahu. Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi dikatakan menahan anak lelaki dan perempuan , dengan usia semuda 14 tahun , sebagai hamba seks dalam istana - istananya . Ini seperti diungkapkan sebuah dokumentari asal Inggeris .

Anak lelaki dan perempuan akan dipilih sendiri oleh Gaddafi dalam banyak perbincangan di sekolah - sekolah dan Universiti . Mereka kemudian diculik oleh pengawal dan dibawa ke sebuah lokasi rahsia yang tersembunyi seperti di dalam Universiti Tripoli atau di salah satu daripada banyak istananya , seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya , Minggu ( 26 / 1 ) .
 



Menurut dokumentari BBC yang akan dikeluarkan dengan tajuk 'Anjing Gila - Rahsia Dunia Gaddafi', setelah mangsa tiba , mereka akan dipaksa untuk menonton filem porno sebelum dipertemukan dengan si diktator .

Selepas menjalani sebuah pemeriksaan sakit puan untuk memeriksa sama ada mereka punya penyakit seksual berjangkit , mereka kemudian akan bertemu Gaddafi . Seorang wanita tidak disebutkan identitinya pernah berada dalam genggaman Qaddafi masa itu, mengatakan di dalam dokumentari itu bahawa dirinya dibawa ke sarang si diktator, di mana dia mengatakan
pasukan wanita Qaddafi akan 'mempersiapkan' dirinya.

Dia dipaksa memakai solek tebal dan pakaian potongan rendah , wanita itu berkata dia berulang kali diperkosa oleh Qaddafi , selama tujuh tahun, sebelum akhirnya boleh melarikan diri melalui sebuah pintu tidak sengaja terbuka .


"Saya tidak akan pernah melupakan detik-detik pertama dalam kejadian itu , " ujar dia , dalam komentarnya dikutip surat khabar asal Inggeris the Daily Mail semalam . " Dia ( Gaddafi ) menghancurkan tubuh saya dan menusuk jiwa saya dengan belati . Pisau itu tidak akan pernah keluar."


 

Seorang bekas pembantu Gaddafi menyebut bahawa seksualiti si diktator sangat menyimpang ."Dia mempunyai anak buahnya sendiri . Mereka disebut dengan panggilan 'kumpulan khidmat' . Mereka semua anak lelaki dan pengawal untuk kesenangan dirinya, " kata Nuri al - Mismari , bekas ketua protokol Qaddafi , yang melayani si diktator selama 40 tahun .

Saksi lain mengatakan tubuh dari musuh - musuh Gaddafi akan disimpan dalam sebuah peti pendingin agar dia dapat melihatnya .


Bahia Kikhia, janda bekas menteri luar negeri dan duta besar Libya untuk PBB , mengatakan setelah suaminya menghilang , dia bertemu dengan si diktator, namun Gaddafi mengatakan suaminya ditahan dalam keadaan hidup .
 

Tapi selepas revolusi 2011 yang menggulingkan Gaddafi, tubuh suami Bahia ditemui di dalam sebuah peti pendingin .

"Dia suka menyimpan korbannya di peti pendingin agar dapat dilihat terus menerus , " ujar Bahia ."Dia akan melihat para korbannya . Mereka seolah - olah cenderahati mengerikan . Sesuatu yang dia boleh lihat dan sentuh untuk mengingatkan kekuasaannya . Beberapa di antaranya bahkan sudah ada di dalam peti pendingin selama 25 tahun , " ucap dia.  (IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kalau pemimpin yang diangkat itu tidak takut pada Allah, bila dia ada kuasa, takkan dia nak takut pada manusia? Itu terjadi pada Gaddafi, dan yang sekandang dengannya.

Lihat sebelum ini..

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)

Asri 0125445084 (Jitra) 

Norriehan
0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 

Rahmat 0147266599 (Jasin)
 
Lihat artikel

7 comments:

Anonymous said...

betu, betul betul

zaidun said...


Betui.
Jangan lantik pemimpin yang tidak takut pada allah. tidak takut pada allah ialah yang buat maksiat.

Anonymous said...

Betul...betul...

Lor bilik kosong jer..dengan cerita panjang lebar oleh saksi tanpa wajah.

Ini citer budak kecik kalau kat Malaysia bro.

Kat Malaysia , pemimpin politik buat adegan seks..

siap dengan video nampak full face..(video disahkan asli oleh Professor luar negara)

dengan aksi tunggang seks terbalik..

dengan saksi utama angkat sumpah..


dengan bukti prima facie (jam rolex)

Boleh lepas..beb...kat Malaysia bolehland

Kalau takat bukti gambar bilik kosong macam kat atas ni...alahai..macam lawak siot...


Boleh diketawakan jer rakyat Malaysia...masuk raja lawak

Baik hang pa buang jer artikel ni..buat malu jer...

Bukan standard RAKYAT malaysia nak percaya..

Anonymous said...

Video pun bukan bahan bukti..

Anonymous said...

Ye ker...video bukan bahan bukti...

Uishh..camtu watpe takut ngan AES rakam kesalahan jalanraya..

Kes2 yang melibatkan bukti CCTV semua kena kaji smeula...

Atau tanggal jer semua sistem CCTV dalam Malaysia ni..

Sebab RAKYAT Malaysia lebih advance, x percaya bukti video TAPI percaya gambar bilik kosong macam kat atas tu..


HAHAHHAA..pandai RAKYAT Malaysia ni...HEBAT..

Anonymous said...

Fitnah Dajjal al-Masih amat dasyat!!!!

Anonymous said...

Anda boleh digolongkan diantara pembawa-pembawa fitnah itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails