Tuesday, January 07, 2014

Ini Mohd Nazri Dollah, Tahanan ISA Baru Dibebaskan.

 
TAWAU: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Mohd Nazri Dollah (gambar di atas) melahirkan rasa syukur atas pembebasannya dari Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak kelmarin.

Katanya pembebasannya itu merupakan nikmat yang Allah berikan kepadanya kerana dia kini dapat hidup seperti rakyat biasa bersama anak isteri.
  
"Selama dua tahun di pusat tahanan itu saya bersama rakan-rakan terus mendalami ilmu agama sebagai pengisian kehidupan seharian. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan Allah sama ada dalam bentuk kesusahan ataupun kebaikan.
  
"Saya meminta semua masyarakat Islam di negara ini agar terus menghayati ajaran al-Quran dan hadis seperti mana yang dituntut agama," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
  
Mohd Nazri tiba di lapangan terbang Tawau kira-kira pukul 3 petang sebelum diiringi anggota keselamatan menuju ke rumahnya. Kelmarin kesemua enam tahanan terakhir ISA dibebaskan pada pukul 8.30 pagi dari Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak.
  
Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang warga Filipina yang ditahan sejak 14 Nov 2011. Rakyat Malaysia tersebut termasuklah Adzmi Pindatun dan Bakar Baba manakala dua warga negara Indonesia ialah Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, serta warganegara Filipina Muadz Hakim. - Bernama

je_01.1 

IKLAN  
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails