KL: PAS Selangor mengikuti perkembangan politik di negeri itu secara langsung dan berhati-hati, kata Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (gambar).
Katanya, PAS Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Dun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan Menteri Besar (MB) Selangor pada waktu ini.
Jelasnya, apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur.
“Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Namun, kata beliau sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.
“Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” katanya yang juga Adun Paya Jaras.
Beliau berkata, PAS negeri akan menghantar nama itu untuk pertimbangan PAS Pusat dan terserah kepada kepimpinan Pusat untuk menentukannya kemudian.
“Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri,” ujarnya.
Dengan itu, kata beliau PAS Selangor minta ahli-ahli PAS di semua peringkat untuk terus bertenang dan menunggu arahan terus dari PAS Selangor dari masa ke semasa.
“Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat (PR) kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PR,” jelasnya. (HD)
Pesuruhjaya PAS Selangor dah tempah baju melayu hitam ke putih...hahahaha. Mampus kalau PAS jadi MB. hancurrr
ReplyDeletePemuda pas dah jadi agen jati..buat kerja ikut sentimen.yg dah terlepas,xdapat xdapat lagi,kali ni mungkin jadi macam kedah.fikirkan.
ReplyDelete