Ini kerana katanya, Hard Rock Cafe dikenali sebagai sebuah restoren tempat berhibur tanpa batasan dengan hidangan minuman keras serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Menurut beliau, suasana dalam Hard Rock Cafe itu biasanya gelap dan ada sudut yang menyediakan minuman keras serta muzik rancak.
Jika kerajaan BN bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan muzik berteraskan Islam tidak payah menggunakan nama Hard Rock Cafe, tegasnya.
"Cawangan Hard Rock di Putrajaya, saya tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang menjadi pelanggan sasarannya.
"Adakah orang asing akan mengunjungi Hard Rock Cafe jika ia berlandaskan Islam?" tegas beliau.
Beliau berkata, Hard Rock di Kuala Lumpur biasanya sampai pagi dan mereka yang mengunjungi tempat itu untuk berhibur minum arak serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Jika kerajaan BN boleh menyediakan garis panduan selari dengan sistem pentadbiran Islam, katanya apakah cawangan Hard Rock Cafe itu dibenarkan tidak menjual minuman keras.
Bekas penyanyi `Janji Manis Mu' itu berkata, jika kerajaan BN mahu memperjuangkan hiburan Islamik kenapa ia mesti bermula dengan Hard Rock Cafe kerana biasanya tempat tersebut dikunjungi orang asing. Manakala orang Melayu yang berkunjung ke Hard Rock semata-mata mahu berhibur dan minum arak, tegasnya.
Beliau berkata, jika kerajaan meletakkan syarat tidak ada penjualan arak bagaimana dengan penonton apakah kerajaan juga menggunakan peraturan tempat penonton perempuan berbeza dengan lelaki.
"Saya percaya syarat untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe tidak mudah dan tidak boleh ditukar sesuka hati. Saya tahu apa yang berlaku di situ," katanya.
Beliau menegaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap tentang pelaksanaan tetapi beliau tidak fikir bagaimana hendak melaksanakan Hard Rock berlandaskan Islam.
"Saya harap jika kerajaan BN mahu melakukan satu permulaan yang baik biarlah rancang betul-betul. Letak siapa golongan sasaran kerana kita tidak mahu timbul isu pergaulan walaupun tiada hidangan arak," tegasnya. (HD)
Sebelum ini..
Forum Usahawan 1
No comments:
Post a Comment