Umno Shah Alam desak paderi tarik balik kenyataan mahu terus guna ‘Allah’ di gereja
Umno Shah Alam dan Pemuda serta Puteri Umno cawangan Kota Raja hari ini membuat lima laporan polis bagi mendesak pengarang mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew, menarik balik kenyataannya tetap mahu menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.
Ketua Umno Shah Alam, Azhari Shaari berkata kenyataan paderi itu bertentangan dengan enakmen syariah negeri malah ia juga melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri ini.
"Kami mahu paderi Lawrence tarik balik kenyataannya dalam tempoh empat hari bermula hari ini dan jika tidak diendahkan, pihak kami akan membuat lebih banyak desakan dan laporan polis.
"Malah Sultan Selangor sendiri pun telah menitahkan bahawa kalimah
Allah di Selangor hanya untuk umat Islam saja dan tindakan paderi itu
juga ibarat mengingkari titah Sultan," katanya kepada pemberita selepas
membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Justeru, Azhari turut mencadangkan pihak Peguam Negara untuk meneliti semula kenyataan paderi terbabit sama ada ia bertentangan dengan prosiding mahkamah berhubung isu penggunaan kalimah Allah supaya tindakan sewajarnya dapat diambil jika ia didapati menghina mahkamah.
Paderi Lawrence dalam kenyataannya yang disiarkan di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu itu menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.
Azhari turut meminta Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Jabatan Agama Islam Selangor untuk segera mengambil tindakan selanjutnya mengikut bidang kuasa masing-masing berhubung kenyataan terbabit agar kepentingan umat Islam di negeri ini terus terpelihara.
Ketua Pemuda Umno Kota Raja, Khusyairi Abdul Aziz pula mencadangkan paderi Lawrence untuk segera membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang dilihat mampu mengganggu keharmonian masyarakat di negeri ini. - Bernama, 1 Januari, 2014.
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
1 comment:
Biarkan Pemuda dan Puteri Umnonok sendiri ambil tindakan.
Pergilah serang hendap dalam semak pemuda-puteri umnonok.
Post a Comment