Kekeliruan Berkaitan Foto Almarhum Tuan Guru Dato' Harun Taib
Semalam aku upload foto aku bersama Tuan Guru Dato' Harun Taib di FB
aku.Pagi ni bila aku buka FB terdapat komen kononnya anak aruah meminta
dipadamkan semua gambar aruah yang nampak muka.
Lantas aku terus padam foto aku bersama aruah.Komen di FB aku lebih
kurang dengan kenyataan pada imej diatas yang aku print screen dari
salah satu group wassap aku.
Tidak puas hati dengan kenyataan tersebut lantas aku cuba check di FB
anak aruah,YB Ust Hilmi Harun.Yalah mana mungkin jika mahu memadamkan
semua foto aruah yang beribu ribu tersebar di media2 sosial dan blog2.
Setelah aku check di FB
YB Ust Hilmi Harun,rupanya beliau bermaksud foto jenazah aruah yang
nampak muka selepas beliau meninggal dunia,bukannya ketika beliau masih
hidup hu..hu..
Di FB
YB Ust Hilmi Harun sendiri pun masih terdapat foto beliau bersama aruah
ayahandanya ketika masih hidup.Jika beliau bermaksud semua gambar2
aruah ketika masih hidup dipadamkan,sudah pasti beliaulah orang yang
pertama melakukannya.Wallahu a'lam.
Sesetengah daripada kita begitu cepat dan seronok print screen dan copy paste sesuatu maklumat tanpa merujuk kepada sumber asal dan sah terlebih dahulu.
Sesetengah daripada kita begitu cepat dan seronok print screen dan copy paste sesuatu maklumat tanpa merujuk kepada sumber asal dan sah terlebih dahulu.
Kesilapan aku,aku dah padam foto aku bersama aruah tanpa merujuk dari
sumber yang asal.Satu pengajaran berguna untuk aku lebih berhati hati ~ Tinta Hijau DKB
No comments:
Post a Comment