Raja Perut Besar makan 40 mangkuk mi
LIUYANG - Selepas memakan 24 mangkuk mi, seorang lelaki yang agak
langsing dan digelar 'Raja Perut Besar' di China masih lapar dan mampu
makan dengan lebih banyak.
"Saya boleh teruskannya," kata lelaki berkenaan, Pan Yizhong selepas seorang demi seorang pencabarnya mengaku kalah.
"Teruskan Raja Perut Besar," kata penonton pada acara pertandingan
makan berkenaan yang diadakan di sebuah sekolah di sini, dalam wilayah
Hunan.
Sebaik sahaja dia menghabiskan mangkuk ke-25, tiada lagi pencabar yang kelihatan, manakala penonton pula terdiam kerana kagum.
"Raja Perut Besar ialah wira kami," kata seorang pencabarnya, Lu Nan.
"Dia mempunyai kuasa ajaib," tambahnya.
Yizhong, 45, merupakan selebriti pertandingan makan yang paling popular di China. Dia pernah menelan 147 ladu dan memakan 40 mangkuk mi dalam masa cuma 15 minit. Lelaki itu menyedari dia mempunyai bakat untuk makan banyak apabila
dia mencabar seorang juara makan wanita dari Jepun pada tahun 2006. Walaupun kecundang, Yizhong telah memakan selonggok mi diikuti 36 kek pulut.
"Ketika itu, saya menyedari bahawa saya boleh makan sebanyak tiga kilogram mi pada sesuatu masa.
"Sejak hari itu, keupayaan saya meningkat. Saya turut berlatih dengan makan hidangan bufet," tambahnya.
Dia yang pernah bekerja di sebuah kilang memproses daging,
mengekalkan bentuk tubuh langsing dengan berenang di sebuah sungai
berhampiran rumahnya.
"Saya tidak makan selama 24 jam sebelum menyertai sesuatu
pertandingan untuk memastikan perut saya kosong dan saya benar-benar
lapar," jelas Yizhong. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekilas bimbingan, bagaimana cara makan dalam Islam?
Allah berfirman dalam Al Qur'an surat Al A'raf ayat 31 :
- "Hai anak Adam , kenakan pakaianmu yang indah disetiap memasuki masjid , makan dan minumlah dan janganlah berlebih - lebihan . Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang belebih - lebihan . "
- "Hai sekalian manusia makan - makanlah yang halal lagi baik dariapa yang terdapatdi bumi dan jangan kamu mengikuti langkah - langkah syaitan , kerana syaitan musuh yang nyata bagimu . "
Prinsip Makanan Sihat
I. Tidak berlebih-lebihan .
Rasulullah bersabda :
- "Anak Adam tidak memenuhkan suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya . Cukuplah bagi mereka beberapa suap yang dapat memfungsikan tubuhnya . Kalau tidak ditemui jalan lain , maka (ia boleh mengisi perutnya ) dengan satu pertiga untuk makanan , satu pertiga untuk minuman , dan sepertiga lagi untuk pernafasan " ( HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban ) .
Yakni diketahui atau jelas riwayat makanannya, misalnya berpunca dari mana dan diproses dengan cara bagaimana. Selain itu memenuhi standard halal makanan yang banyak disebutkan dalam Al - Qur'an maupun Hadits . Istilah tayyiban disini yakni kualiti kandungan pemakanan / nutrisi dalam makanan .
Rasulullah melarang makan lagi sesudah kenyang .
- "Kami adalah kaum yang tidak akan makan sebelum merasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang." ( HR Bukhari Musim ) .
Suatu hari, selepas wafatnya Rasulullah , para sahabat melawat Aisyah ra . Lalu , sambil menunggu Aisyah ra , para sahabat , yang sudah menjadi orang - orang kaya, saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam - macam . Aisyah ra , yang mendengar hal itu tiba - tiba menangis.
- "Apa yang membuatmu menangis , wahai Bunda ? " Tanya para sahabat .
- "Dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan . Ketika sudah kenyang dengan roti , beliau tidak akan makan kurma , dan ketika sudah kenyang dengan kurma , beliau tidak akan makan roti ."
IV. Salah satu makanan kegemaran Rasul adalah madu.
Salah satu makanan kegemaran Rasul adalah madu . Beliau biasa meminum madu yang dicampur air untuk membersihan air liur dan pencernaan . Rasul bersabda ,
- "Hendaknya kamu menggunakan dua macam ubat , iaitu madu dan Al-Quran " ( HR. Ibnu Majah dan Hakim ).
- Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk secara serentak .
- Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu
- dan juga tidak langsung tidur setelah makan malam, kerana tidak baik bagi jantung .
- Beliau juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu banyak daging akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang .
- Mesej Umar ra: Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan! "
Lepas subuh:
- Rasulullah membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli . Khasiatnya luar biasa . Dalam Al Qur'an , kata " syifa"/kesembuhan , yang dihasilkan oleh madu , diungkapkan dengan isim nakiroh , yang bermakna umum , menyeluruh . Ditinjau dari ilmu kesihatan , madu berfungsi membersihkan perut , mengaktifkan usus - usus , menyembuhkan sembelit , buasir , keradangan , serta menyembuhkan luka bakar .
- Rasulullah selalu makan tujuh butir kurma " ajwa " / matang . Sabda beliau , barang siapa yang makan tujuh butir kurma , maka akan terlindungi dari racun . Dan ini terbukti ketika seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di perang khaibar , racun yang tertelan oleh beliau kemudian boleh dineutralkan oleh zat - zat yang terkandung dalam kurma . Bisyir ibnu al Barra ' , salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut , akhirnya meninggal . Tetapi Rasulullah selamat . Apa rahsianya ? Tujuh butir kurma !
Dahulu, Rasulullah selalu berbuka puasa dengan segelas susu dan kurma , kemudian solat maghrib . Kedua jenis makanan itu kaya dengan glukosa , sehingga langsung menggantikan zat - zat gula yang kering setelah seharian berpuasa . Glukosa itu sudah cukup mengenyangkan , sehingga setelah solat maghrib , tidak akan berlebihan apabila bermaksud untuk makan lagi .
Menjelang sore hari:
- Menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun . Tentu saja bukan cuma cuka dan minyak zaitun saja , tetapi dimakan dengan makanan pokok , seperti roti misalnya . Manfaatnya banyak sekali , diantaranya mencegah lemah tulang dan kepikunan di hari tua , melancarkan sembelit , menurunkan kolesterol , dan melancarkan pencernaan . Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk .
Di malam hari:
- Menu utama Rasulullah adalah sayur - sayuran . Beberapa riwayat mengatakan , beliau selalu mengambil sana al makki dan sanut . Secara umum sayur - sayuran mempunyai kandungan zat dan fungsi yang sama , iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit .
VII. Tatacara Makan Sehat ala Rasulullah
Sekarang masuk pada tata cara mengambilnya . Ini tidak kalah pentingnya dengan pemilihan menu . Sebab setinggi apa pun zatnya, kalau pola digunakannya tidak teratur , akan buruk juga akibatnya . Yang paling penting adalah mengelakkan israf ( berlebihan ) . Rasulullah bersabda,
- "Cukuplah bagi manusia mengambil beberapa suap makanan sahaja untuk menegakkan tulang sulbinya ( rusuknya ) .
- "Makanlah dengan sikap duduk yang baik iaitu tegap dan tidak menyandar , kerana hal itu lebih baik bagi perut , sehingga makanan akan turun dengan sempurna .
- "Sesungguhnya aku tidak makan dengan bersandar ." Prinsip ketiga berpuasa . Sebulan dalam setahun , umat Islam diwajibkan bukan saja dengan mencapai ketaqwaan tetapi juga ksehatannya dapat terjaga . " Berpuasalah kamu supaya sehat tubuhmu " ( HR Bukhari )
Diantaranya , memberikan rehat fisiologi menyeluruh bagi sistem pencernaan dan sistem saraf pusat , telah memulihkan metabolisme tubuh , menurunkan kadar gula darah , mengikis lipid " jahat " (kolesterol ) , detoksifikasi ( membuang racun dari tubuh ) , dan lain sebagainya .Selain itu , diajarkan juga kepada kita agar senantiasa berdo'a baik sebelum mahupun sesudah makan .
Doa sebelum makan :
- "Ya Allah , berkahilah untuk kami , pada apa yang telah Engkau rizkikan kepada kami , dan periharalah kami dari api neraka " ( Al Hadist ) .
- " Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kami , serta menjadikan kami orang - orang muslim " ( HR. Abu Dawud dan Tirmidzi ) .
Ini pendapat saya kenapa Yizhong ni boleh makan begitu banyak, ada hadith Rasulullah yang mengatakan orang kafir mempunyai 7 perut berbanding orang Islam 1 perut. Hadith ni ada dalam kitab Sahih Muslim ditulis oleh Imam Muslim. Pendapat kedua saya Yizhong ni orang bukan Islam jadi beliau memulai makan tanpa bacaan Basmallah maka Syaitan pun turut sama makan jadi macam mana nak kenyang. Cuba kita lihat di Malaysia orang bukan Islam selalu makan tak kira waktu dan kedai makan mereka sentiasa ada ramai pelanggan.
ReplyDelete