KUANTAN – Kegiatan ah long di sebuah pusat peranginan di negeri ini bukan lagi sekadar memberikan pinjaman wang secara haram tetapi kini mula beralih menawarkan khidmat pelacur kepada pelanggan yang berminat.
Itu modus operandi yang dijalankan oleh ah long di kawasan tersebut dan berjaya dibanteras oleh polis Pahang yang menjalankan Ops Vulture baru-baru ini.
Mereka dikatakan bergerak secara perseorangan dengan mengedarkan kad panggilan (call card) yang tertera jelas imej wanita seksi kepada golongan kaki judi di situ.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Azizan Md. Isa berkata, dalam operasi Selasa lalu, polis menahan sembilan lelaki berusia antara 27 hingga 52 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: '...menawarkan khidmat pelacur'? Sebenarnya itu bukan khidmat. Itu menjerumuskan manusia ke lubang neraka, samada neraka dunia atau neraka akhirat. Menyebar virus najis zina di kalangan masyarakat adalah memusnahkan kemanusiaan dan peradaban! Konon negara Islam versi Malaysia? Puih!!
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
Wakil Penjual:
No comments:
Post a Comment