SHAH ALAM: Polis Selangor menahan sekurang-kurangnya 329 wanita warga asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut dalam satu operasi besar-besaran.
Polis mengadakan serbuan terhadap lebih 89 pub dan premis urut di negeri itu pada awal bulan ini.
"Wanita-wanita yang ditahan berasal dari beberapa negara, termasuk Myanmar, Vietnam dan Filipina.
"Kita turut menahan 123 lelaki, yang bekerja sebagai 'penjaga' mereka di premis itu," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan pada sidang media, Khamis.
Beliau menambah, unit D6 pasukan itu bertanggungjawab untuk 'membersihkan' negeri itu daripada sebarang aktiviti haram.
Mohd Shukri berkata, polis turut mematahkan 226 sindiket perjudian haram dengan menahan 235 pengurus premis.
"Kita turut menahan 17 orang yang terlibat dalam aktiviti itu dan merampas 3,700 komputer," katanya. (IH)
No comments:
Post a Comment