Sunday, January 05, 2014

Marina Mahathir Datang Ke Gereja Dengan Bunga.


Marina bersama bunga di tangan bercakap kepada pemberita di perkarangan gereja katolik Our Lady of Lourdes. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Januari, 2014. 
Marina bersama bunga di tangan bercakap kepada pemberita di perkarangan gereja katolik Our Lady of Lourdes. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 

5 Januari, 2014.Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka.

Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian.
Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian.
 Sekumpulan NGO Islam bersama pengikut mereka berhimpun membuat bantahnan penggunaan nama Allah oleh Kristian dalam perhimpunan di Kelan Sulaiman. Gambar TMI.

Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya.
"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan gereja katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ.

"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya.

Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain."

Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan. Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai. – 5 Januari, 2014. (TMI)


Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan ancaman dari satu kumpulan NGO Islam yang merancang untuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini.

Sebelum ini..
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

 
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)


No comments:

Post a Comment