Wednesday, January 29, 2014

Mesir: Dailog Morsi-Hakim & Kerajaan Boneka Menurut Qardhawi


MORSI berada di dalam kandang pesalah di sebuah mahkamah di pinggir Kaherah, Mesir semalam


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dibicarakan di sebuah mahkamah semalam atas tuduhan melarikan diri dari penjara semasa kebangkitan rakyat menentang pentadbiran Hosni Mubarak pada tahun 2011.

Kesnya dibicarakan sehari selepas pihak tentera negara itu mengesahkan, Ketua Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bakal bertanding dalam pilihan raya presiden tidak lama lagi. Ketika ketegangan semakin memuncak ekoran perbicaraan itu, seorang lelaki menembak mati seorang ketua polis ketika mangsa keluar dari rumahnya di barat Kaherah.
Pada perbicaraan itu, imej televisyen memaparkan Morsi yang memakai baju penjara berwarna hitam putih berada dalam keadaan marah dengan me- ngangkat kedua-dua belah tangan di mahkamah.
"Siapa kamu? Adakah kamu tahu siapa saya?'' kata Morsi kepada hakim tersebut.
Seorang hakim menjawab: "Saya ialah Presiden di Mahkamah Jenayah Kaherah."
Seramai 21 lagi individu turut berada di dalam kandang pesalah termasuk Mursyidul Am pergera- kan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie.
Secara keseluruhannya, seramai 131 individu didakwa dalam perbicaraan tersebut termasuk berpuluh-puluh anggota Ikhwanul Muslimin, Hamas dan pergerakan Hezbollah.
Perbicaraan tersebut dijalankan dengan kawalan keselamatan yang ketat di sebuah mahkamah di dalam sebuah akademi polis di luar Kaherah.
Morsi juga berdepan dengan tuduhan pengintipan membabitkan Hamas.
Namun, perbicaraan melarikan diri dari penjara itu akan disambung pada 22 Februari depan bagi membolehkan para peguam mengkaji kes tersebut.
Satu lagi perbicaraan Morsi berhubung tuduhan menghina badan kehakiman masih belum ditetapkan.
Beliau yang merupakan presi- den pertama dipilih secara demo- krasi di negara itu, digulingkan oleh tentera pada 3 Julai tahun lalu selepas bantahan rakyat terhadap dasar-dasar Morsi.
Antara dasar yang mencetuskan kemarahan penduduk ialah keputusan yang dibuat Morsi tidak boleh dicabar di mahkamah. - Agensi

Berhenti sokong kerajaan boneka

Doha: Dr Yusuf al-Qaradawi semalam menggesa ulama Arab Saudi supaya berhenti menyokong kerajaan boneka tentera di Mesir dan menganggap mereka menggunakan wang negara untuk membunuh rakyat Mesir yang menolak rampasan kuasa pada Julai tahun lalu.

Menurut ulama dihormati dunia itu, sokongan Arab Saudi memberikan kuasa kepada kerajaan sementara Mesir menekan penyokong gerakan Islam sejak Mohamed Mursi Isa al-Ayyat digulingkan menterinya sendiri. 

“Sangat mengejutkan apabila kerajaan Arab Saudi menyalurkan berbilion dolar kepada Mesir untuk menyokong kumpulan perampas kuasa dan ketua mereka.

“Tindakan itu jauh menyimpang dari perintah Tuhan dan Islam,” katanya dalam temu bual semalam.
Kebanyakan negara Arab - yang ditadbir secara monarki - bergembira apabila Mohamed Mursi disingkirkan Jen Abdel Fattah al-Sisi dan segera memberikan bantuan kepada pegawai tentera itu untuk mengekang pembangkang Mesir.
Kata Yusuf, tentera Mesir diketuai Abdel Fattah menggunakan dana Arab Saudi untuk membunuh rakyat Mesir yang tidak berdosa.

Sepatutnya, kata Yusuf, wang berkenaan dimanfaatkan untuk membela golongan terpinggir.


“Saya menyeru kepada penduduk Arab Saudi dan rejim negara itu untuk bersama menyokong rakyat Mesir mendepani pembunuh, mempertahankan kebenaran dan membantu mangsa kezaliman.- Reuters



Lihatlah  nasib tentera Mesir yang berhati mulia.
Mereka akan dipenjarakan..
 Sedangkan yang batil bebas menurut perintah tuannya macam Firaun.
 

Penjara yang sempit adalah luas bagi mereka yang beriman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails