SHAH ALAM 12 JAN: Kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 20 sen oleh
Kerajaan Pusat menyebabkan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat
tertinggi dalam tempoh 20 bulan.
Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar),
berkata kenaikan yang tertinggi dalam tempoh itu menyebabkan kos sara
hidup rakyat semakin meningkat dan membebankan.
IHP
bagi tempoh Januari hingga November 2013 meningkat sebanyak 2.0 peratus
kepada 107.0 dibandingkan dengan 104.9 pada tempoh yang sama tahun
lepas. Berbanding dengan bulan sama tahun 2012, IHP November 2013
mencatatkan kenaikan sebanyak 2.9 peratus daripada 105.5 kepada 108.6
dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP merekodkan
peningkatan sebanyak 0.3 peratus.
“Pada September, Kerajaan Pusat menaikkan harga minyak sebanyak 20
sen maka berlaku kenaikan dalam IHP melonjak dalam tinggi dalam tempoh
20 bulan terdahulu.
“Berapa barang yang akan naik sekaligus selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Inflasi
yang berlaku ini disebabkan oleh Najib Razak dan suku sakatnya, hanya
kerana itu (minyak) sahaja kenaikan 20 sen itu kesannya amat mendadak,”
kata beliau.
Katanya, kenaikan tarif elektrik oleh Kerajaan Pusat juga mencetuskan
kesan rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang parah
seterusnya memberikan kesan kepada perbelanjaan rakyat.
“Kesan kenaikan tarif elektrik itu memberi pengaruh kepada proses
pembuatan makanan dan perkhidmatan yang akan meningkatkan harga di
pasaran,” kata beliau di Dialog Kenaikan Kos Sara Hidup anjuran PAS
Johor yang diadakan baru-baru ini.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, IHP bagi kawasan bandar dan luar
bandar bagi November 2013 masing-masing naik sebanyak 2.9 dan 3.0
peratus berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012.
Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP bagi kawasan bandar dan luar bandar masing-masing naik sebanyak 0.3 peratus.
IHP
bagi kumpulan pendapatan kurang daripada RM3,000 mencatatkan kenaikan
sebanyak 3.2 peratus daripada 105.7 kepada 109.1 berbanding bulan yang
sama 2012 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP naik
sebanyak 0.3 peratus.
Bagi indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol bulan November 2013 pula, sebanyak 4.0 peratus kenaikan dicatatkan berbanding bulan yang sama tahun 2012. (Selangorkini)
No comments:
Post a Comment