Friday, January 03, 2014

Pendekatan Kasar JAIS Terhadap Masyarakat Kristian -Dr Mujahid

Mujahid berkata tindakan Jais perlu dihentikan segera sebelum ia mengeruhkan hubungan antara agama di negara ini. - Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2014. 
Mujahid berkata tindakan Jais perlu dihentikan segera sebelum ia mengeruhkan hubungan antara agama di negara ini. - Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2014. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata pendekatan kasar yang diambil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas masyarakat Kristian di negara ini membuktikan tindakan itu bermotifkan politik dan bukan didorong agama.

Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, menyeru Putrajaya segera mengambil langkah menghalang badan agama Islam seperti Jais dari melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas pertubuhan bukan Muslim, sambil memberi amaran tindakan tersebut boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama di negara ini.

Petang tadi, sekumpulan pegawai Jais termasuk dua anggota polis menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim, Selangor, dan merampas 300 naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban.

Mujahid mempersoalkan serbuan dan rampasan tersebut.

"Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya.
"Kali ini, apa pula tuduhan mereka terhadap Kristian? Jais patut berasa malu," kata Mujahid, yang aktif melibatkan diri dalam dialog Muslim-Kristian di negara ini.

Beliau merujuk peristiwa pada Ogos 2011 di Petaling Jaya, di mana pegawai Jais menyerbu program makan malam kesyukuran dihadiri pelbagai kaum anjuran DUMC, atas alasan wujud usaha menyebar agama Kristian di kalangan hadirin Melayu.

Jais bagaimanapun telah menafikan tindakannya itu adalah serbuan, sebaliknya berkata ia merupakan "pemeriksaan" selepas mendapat aduan terdapat beberapa penganut Islam yang hadir di program berkenaan, anjuran sebuah pertubuhan sokongan pesakit AIDS, Harapan Komuniti.

Mujahid menyeru kerajaan merujuk Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan yang ditubuhkan kabinet baru-baru ini, yang dijangka mengadakan mesyuarat mengenai kontroversi penggunaan kalimah Allah pada 6 Januari.

Mujahid, yang turut dilantik Putrajaya sebagai ahli panel majlis tersebut, berkata insiden hari ini perlu dibincang pada mesyuarat itu.

Jelas beliau, badan agama Islam tidak harus bertindak oleh kerana isu penggunaan kalimah Allah masih dibicarakan di mahkamah.

"Apa pun, perlu ada keseimbangan di antara undang-undang dan tolak-ansur, malah proses perundangan berkenaan isu Allah masih belum selesai," tambahnya.

"Justeru, kerajaan perlu menanganinya dengan cara bijak dan bertamadun."

Mujahid turut mempersoalkan kegagalan kerajaan dalam mencari penyelesaian sempurna dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Semenanjung, sebagaimana ia bersetuju membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak untuk menggunakan kalimah itu, berikutan siri perundingan.

"Oleh itu, kerajaan perlu memberhentikan semua tindakan dan tidak membenarkan Jais bertindak tanpa terlebih dahulu memahami sensitiviti yang menyelubungi perkara itu.

"Saya tidak kata Jais tidak ada kuasa, sebaliknya gunakanlah dengan hikmah dan fikirkan kesannya kepada masyarakat keseluruhan," kata beliau. - 2 Januari, 2014. )TMI)

4 comments:

Salleh said...

Adakah dlm isu ini kite yg perlu hormat dieorg. Dieorg x perlu hormat kite. Agenda dieorg jelas sgt2, tp kite tetap dgn sikap....x pa....xpa...xpa..xpa. Jaga hati dieorg. Apa semua ini?

Anonymous said...

Bukan soal hormat. Soal benar dan salah.

Dalam Quran jelas, dibenarkan orang bukan Islam guna kalimat Allah.

Siapa lebih besar kuasanya, Allah atau pemuda UMNO yang jahil agama?

Anonymous said...

Ibarat Islam sedang dirogol depan mata dan kita melarang orang menyelamatkannya.Biarkan...biarkan...tak pe...takpe.. betapa ramai anak-anak Islam dimurtadkan . takpe...biarkan. sebab persahabatan politik lebih utama. DAYUS.Kita guna hujah Quran untuk bela musuh tapi Islam terus diperkosa.

Anonymous said...

UMNO mencetuskan propaganda ini untuk menutup kenaikan harga... MELAYU BODOH yang mengaku islam menolak hudud tapi masih mengaku islam sejati... Musuh utama malaysia bukanlaaa Cina atau India... Tetapi bangsa MELAYU bertunjangkan UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails