REUTERS: BEBERAPA peserta memanjat pagar untuk menyelamatkan diri dari ditanduk lembu jantan.
SUKAN
MADURAI, India - Seramai 41 orang cedera pada pertandingan menjinakkan lembu jantan yang diadakan di sini semalam, kata polis.
Menurut polis, tujuh peserta terpaksa dirawat di sebuah hospital
kerajaan, manakala baki yang lain diberikan rawatan sebagai pesakit
luar.
Kira-kira 530 ekor lembu jantan dibawa untuk menyertai pertandingan tersebut.
Kesihatan lembu-lembu itu diperiksa terlebih dahulu oleh pakar haiwan
sebelum dibenarkan menyertai pertandingan berkenaan yang diadakan
sempena festival Pongal. - Agensi
No comments:
Post a Comment