Saturday, January 11, 2014

Prinsip Mujahid Tergadai.. 3 Pandangan Untuk Beliau.

Blogger
 
INI komen seseorang atas tulisan dalam Weblog ini baru beberapa minit lalu.. 
"Dr Mujahid Jawab, Rampasan Injil Di Premis Persatuan Injil.."
 maae said...
Ingin saya lontar pandangan dari sudut keadaan biasa :-

1. Jika Mujahid bercerita pasal prinsip dari perpektif Islam, memang tiada cela nya kerana itu lah peraturan Allah SWT yang di beri Nur kepada Rasululah pembawa rahmat untuk sekian alam. Ia terpakai untuk pengembangan syariah Allah SWT untuk semua manusia, alam dan kejadian. Memang universal.

2. Dalam kontek kristian di sini, kenapa pula prinsip Mujahid tergadai ? Sepatut nya kristian itu tunduk kepada keagungan Islam kerana dakwah yang berkesan tetapi kes ini terbalik. Mujahid menjadi perisai melindungi musuh Islam yang nyata ( perlu di ingat, bukan musuh manusia. Musuh Allah SWT) yang siang dan malam akan cuba memurtadkan umat Islam. Kita tidak ragu dengan yang mukmin kerana keimanan mereka melayakkan di panggil orang-orang yang beriman. Sasaran yang di risaukan ialah kepada bangsa kita yang hanya pada nama Islam tetapi amalan harian tidak dengar dan tidak patuh kepada syariat Allah SWT. Mulut berkata tetapi hati tidak tunduk. Mereka ini bakal terjerumus kerana kristian memang bijak menjalankan dakwah dan propaganda mereka. Mereka rela berkorban demi matlamat tercapai. Lihat saja di Sabah dan Serawak bagaimana mereka begitu aktif dan berjaya mengkristiankan pribumi. Mujahid melayu di mana ? Kenapa semua di pupuk kepada Umno ? Kristian bergerak tanpa suar politik tetapi dengan kebijakan strategi. Cuba fokus kegiatan kristian di sana . Malu kita kepada Rasul dan Allah kerana betapa jumud nya cara kita berdakwah.

3. Kita beriktikad berkonsepkan Tauhid. Kristian berkonsepkan triniti. Mana yang di katakan agama Islam itu sama seperti laungan Marina? Islam yang sihat menolak konsep ini. Islam yang sakit akan segera tunduk kepada konon nya keinsanan. Kafirun tiada sifat keinsanan sehingga kita mengikut mereka. Itu kenapa Palestin sehingga kehari ini di simpai sehingga semua menjadi milik yahudi. Ada keinsanan ? Cara Dap menghambat melayu, ada keinsanan ? Perkara kecil-kecil di biarkan akan menjadi besar. Peniaga cina bebas berniaga, peniaga melayu di kawasan stratejik di hambat seada nya, depan mata melayu sendiri ! Saya timbulkan ini kerana LGE memang penggerak dan katalis untuk kristian tidak hormat kepada Pemerintah Melayu, undang-undang dan peradaban Islam. Siapa mereka sehingga memijak kepala ? Ini bukan lagi soal kemanusiaan. Ini soal "penguasaan" dan provokasi melampau melibatkan maruah Melayu dan Islam. Jadi Mujahid Islam di mana ? Mujahid Rawa dan Marina di mana ? Tidak kah ini membahayakan akidah umat Islam ?

Tidak berasa sakit hati ? Jika tiada, sesungguh nya kita sendiri sebagai Melayu Islam sudah mati sifat keinsanan kerana menganiaya bangsa sendiri ! Islam sejagat yang bebas di beri contoh oleh Rasul Allah. Kafir dan Munafik akan membakar hancur Sunnah dan Anutan Agama Rasul kita. Mereka tidak pernah mengiktiraf Muhammad ! Kenapa pula kita mesti menyokong mereka ?

January 11, 2014 at 9:56 AM

Kami persembahkan untuk hidangan dan komen tuan-tuan.

8 comments:

oostad kezeem said...

bila kita belajar sirah nabi, anda akan jumpa satu bab dimana nebi tidak melarang arab jahilliah meemanggil tuhan mereka dengan nama 'allah'. untuk mereka yang berkata 'allah' itu eksklusif untuk islam beranikah anda berkata nabi s.a.w. telah membuat silap?

Unknown said...

Baiklah oostad anda beriya2 ingin membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian. Tetapi setahu saya kitab injil yang digunakan oleh pihak kristian tiada langsung nama Allah. Mereka tidak pernah menggunakan kalimah Allah di dalam Bible sejak lebih kurang 2000 tahun dahulu. Yang hanya kecoh2 ni cuma lebih kurang x sampai 100 tahun pun... Itupun sebab penjajah keparat buat perlembagaan berasingan antara sabah dan sarawak semasa mereka ingin bergabung dengan Malaysia.

ibnu bocaay said...

2: mengetahui bahawa insan insan melayu sendiri sudah lemah dalam islam mengapa tidak kita tekankan untuk menguatkan keislaman mereka terlebih dahulu? Andainya akidah dan akhlak mereka kuat, mana mungkin tergadai keislaman hanya kerana membaca bible berbahasa melayu. Pada waktu yang sama kita bermati matian cuba mengembangkan keyahudian dan kenasranian itu dengan pelbagai sumber ie televisyen, radio, dan juga suratkhabar...mengapa ini tidak dikekang? Menceritakan tentang pengkristianan dan pengkaderan kristian saya yakin anak anak melayu yang melihat filem filem di televisyen dan pawagam hampir setiap masa dihidangkan dan dipupuk cara cara untuk mengasimilasi menjadi seorang kristian atau tiada agama atau pun yahudi hampir setiap hari! Yang ini kenapa pula tidak kita sanggah terlebih dahulu?

ibnu bocaay said...

3: maafkan lah saudara...peniaga peniaga melayu di kl juga di hambat oleh dbkl tapi peniaga cina di bukit bintang tidak diganggunya...adakah ini menunujukkan ketiadaan sifat keinsanan oleh dbkl? Malah lebih jijik kerana dbkl itu melayu islam! Maka adakah kita ingin mengatakan bahawa tiada keinsanan pada islam itu sendiri?...lebih merasakan bahawa pandangan mengenai LGE lebih kepada sifat racist yang telah lama dipupuk daripada sifat keislaman....kerana sesungguhnya di penang sekarang ini berlaku satu pradigma mengenai islam...yang menjadi masalah ialah orang orang islam sendiri gagal untuk memenangi pradigma itu menyebabkan kita jauh tertinggal dari kristiandi kawasan tengah pulau....saya rasa si pengkomen itu tidak duduk di penang ataupun tidak merasai pengimarahan masjid oleh ajk ajk masjid...cuma kebalokan puak melayu sendiri yang lebih terpanggil untuk ke tempat tempat maksiat yang perlu kita selidiki...saya mintak sungguh si pnegkomen ni agar dapat hadirkan diri di masjid penang. Sebab saya dapat rasa yang info dia hanya dari satu sumber...

ibnu bocaay said...

Bagi saya...pengkomen kena berlaku adil....tak kisah sekiranya dia ingin mengata tentang LGE namun mesti ada fakta! Jangan nanti bila berhujah atas fakta kita kalah....mula lah tambah malu kita kepada dia... Kalau kita hendak mengatakan yang dia itu pelopor kristian atau penindas penguasa melayu kemukakan fakta...senang untuk kita bertindak berasama kerana fakta sekarang ni amat menegaskan bahawa dia ni fair....saya bekerja di penang dan kerana itu saya secara ikhlas boleh memerhatikan perubahan di penang ni....dan kita org melayu islam kena bangkit dari lena kita yang terlalu panjang...lena di mana semua kesalahan diletakkan pada bangsa bukan melayu sedangkan keparat besarnya dgn fakta adalah org islam sendiri...kita kena bangkit perjuangkan keislaman sebenar....bukan islam yang mencerobob gereja, islam yang amalkan toleransi, yang mengesakan Allah, tidak menerima konsep triniti tapi pada waktu yang sama boleh berbincang dahulu...mana akhlak rasulullah kita tu?

Lebai Malang said...

...Nabi SAW tidak melarang orang Arab jahiliah memanggil tuhan mereka dgn nama 'Allah' kerana Nabi sedang berdakwah agama Islam kepada mereka...tapi yg berlaku di Malaysia ialah orang Kristian sedang berdahwah agama mereka kepada orang Islam yg bertuhankan Allah, kalau sebut nama tuhan lain selain Allah sudah pasti awal2 lagi orang Islam tidak layan.

Jadi orang Kristian terpaksa terjemahkan 'god' menjadi 'Allah' walau pun dalam kitab2 mereka yg berada di Vatican dan lain negara tidak pernah ada nama 'Allah'. Ya, sekadar untuk mengelirukan dan MENIPU umat Islam Nusantara...

Rupa2nya ada juga orang Islam yg terlebih bijak tertipu, malah menjadi pembela gerakan Kristian.

abuamir said...

Lebai malang memang malang sungguh. umno lebih takutkan org melayu Islam kuat akidah dan mengamalkan Islam sebenar dlm kehidupan. Sebab itulah sekolah2 agama rakyat ditarik bantuan oleh madey kutty. Siapa yg melemahkan Islam kalau bukan umno sejak merdeka.

Siapa yg kata sikit2 haram macam mana nak maju.Arak haram ,judi haram, riba haram, zina haram semua haram macam mana nak maju?

Siapa pun kita, kita diperintahkan Allah SWT utk mengamalkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tiada paksaan kpd bukan Islam utk memeluk Islam tetapi sesiapa yg murtad hendaklah dihukum bunuh. Mulalah umno kata undang2 Allah SWT ni zalim. Siapa yg zalim? Mereka yg tidak menjalankan hukum Allah SWT lah yg zalim sebenarnya.

Janganlah kita berperangai spt org2 munafik.

Anonymous said...

nabi s.a.w menghormati hak orang bukan islam memanggil tuhan mereka 'allah'. adakah kita menjadi murtad bila orang bukan islam menyebut kalimah 'allah'?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails