Thursday, January 23, 2014

Rahsiakan Maklumat Peribadi, M'sia Sudah Tidak Aman?



PENGGUNA
KUCHING: Setiap individu perlu merahsiakan maklumat peribadi serta tidak menguar-uarkan pergerakan mereka di laman sosial Facebook.
  
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berkata tindakan memuat naik maklumat peribadi dan pergerakan hanya akan mengundang bahaya untuk diri sendiri dan memberi peluang kepada penjenayah.
  
"Misalnya, kalau mahu ke mana-mana tidak perlulah muat naik di Facebook untuk memberitahu semua orang kerana penjenayah mungkin akan mendapat maklumat untuk mengesan anda atau mereka akan menyasarkan rumah anda untuk melakukan rompakan," katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini, semalam.
  
Dalam pada itu, Roslan menasihatan pemilik rumah agar memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah masing-masing supaya sekiranya terjadi rompakan ia akan  memudahkan polis menyiasat sekali gus mengesan pelaku.
  
"Kini terdapat CCTV buatan negara China yang murah dan boleh disambung ke Internet dan dipantau menerusi telefon mudah alih peribadi," katanya.
  
Beliau turut meminta mangsa kejadian jenayah agar melaporkan kepada pihak polis, sekalipun ia kes kecil dan memberi jaminan akan menyiasat semua aduan. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Apakah Malaysia sudah tidak aman lagi?

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis) Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

2 comments:

Anonymous said...

Admin lagi mau tanya ke, Malaysia sekarang ni dah tak selamat dan aman. Sekarang ni kalau keluar bawak keluarga pergi makan pun rumah sempat dimasuki penyamun. Ini bukan cakap memain dah berlaku depan mata. berhati-hatilah sekarang.

mat kontan said...

Setuju di atas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails