16 dipenjara sehari mengaku sogok
Johor Bahru: Seramai 16 lelaki berusia antara 26 hingga 58 tahun
termasuk lima warga Singapura dipenjara selama sehari dan didenda
selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada kakitangan awam di
Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, semalam.
Warga Singapura Neo Eng Huat, 38, yang bekerja sebagai pengurus
binaan adalah individu yang menawarkan suapan paling rendah iaitu RM50,
manakala seorang peniaga tempatan Yong Hock Pen, 55, menawarkan suapan
tertinggi iaitu sebanyak RM1,000. Neo didakwa pada jam 5.22 petang
pada 20 Oktober 2013, bertempat di Kilometer 17.7, Lebuhraya Linkedua
dengan memberi suapan kepada Konstabel Mohd Ariff Johari Mohd Zulkipli
yang bertugas di Cawangan Trafik Bukit Aman.
Mohd Ariff tidak membuat sesuatu yang berhubung dengan
prinsipalnya iaitu tidak mengeluarkan saman kerana kesalahan memandu
melebihi had laju. Yong pula didakwa melakukan kesalahan berkenaan
jam 7.55 pagi pada 15 November 2013 di laluan masuk kenderaan dari
Singapura ke Kompleks Sultan Abu Bakar di Linkedua, Gelang Patah.
Dia
didakwa memberi suapan kepada Ketua Penguat Kuasa Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Selatan Johor Bahru Azmadi Mat
sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan di bawah
Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Tertuduh lain adalah Salunke
Chetan Vijay, 33; Md Mamun Khan, 36; Lee Khoon Hoe, 58; R Isvar, 38; Tan
Kwee Leong, 32; Tan Toh Seng, 54; Goh Min Han Ivan, 37; N Ramakrishna,
36; Chong Teck Min, 57; Nickson Khoo@Khoo Lian Son, 45; Tio Chin Kwan,
44; C Kannan, 26, Chin Wan Fah, 41 dan R Ramanathan, 27. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sogok. Benarkah apabila guru kencing berdiri murid kencing berlari? Atau murid baru kencing berdiri, sedangkan gurunya kencing sambil berlari pecut, tak dapat nak kejar?
1 comment:
geragau je tu ... killer whales terlepas ke mana ...??? ... mana berani, nanti digigitnya putus kepala..... kah..kah...kung...!!!!!
Post a Comment