BAYNES menyelamatkan anjing yang terjatuh ke dalam tasik beku di Taman O'Fallon, Amerika Syarikat pada Ahad lalu. - AP
ST. LOUIS - Seorang anggota bomba, Stan Baynes bertindak berani
apabila dia menyelamatkan seekor anjing yang terjatuh di dalam sebuah
tasik di Taman O'Fallon pada Ahad lalu. Pemilik anjing tersebut, Jason Newsome berkata, haiwan itu mengejar
seekor angsa di atas lapisan ais di tasik berkenaan sebelum lapisan ais
tersebut pecah.
"Anjing saya gagal naik semula kerana lapisan ais yang nipis dan saya terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan," katanya.
Menurut pihak bomba, anjing itu berada di dalam air tasik yang beku
selama 25 minit sebelum diselamatkan oleh salah seorang anggotanya. - AP
Orang
itu berguman, ' Anjing ini telah rasa apa yang saya baru saja rasa tadi.'
Kemudian , ia kembali turun ke sumur dan mengisi penuh kasutnya
dengan air , lalu membawanya naik dengan menggigit kasut itu. Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut . Kerana perbuatannya tadi , Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosa - dosanya .
Para sahabat bertanya , ' Wahai Rasulullah , apakah kalau kami mengasihi binatang , kami mendapat pahala?
Beliau bersabda , ' Berbuat baiklah kepada setiap makhluk , pasti kamu akan mendapatkan pahala ' . " (HR Bukhari dan Mulsim )
Ternyata di dalam Islam tidak ada ruginya berbuat baik kepada sesama makhluk . Walaupun terhadap seekor anjing. Bahkan , ketika dihadapkan pada suatu keadaan yang membuat seokor anjing itu perlu ditolong, seseorang hendaklah menolongnya.
Kerana , perbuatan baik itu akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda . Hanya menolong seekor anjing dengan sedikit air
saja , Allah kemudian berterima kasih dan mengampuni dosa - dosa orang
tersebut .
Apalagi kebajikan pemimpin kepada rakyatnya yang bukan binatang. Kehidupan pemimpin dan keluarganya yang membazirkan hartanya, masa 'semua barang naik' pun suatu pengkhianatan kepada rakyat. Anggota bomba yang menyelamatkan seekor anjing dalam
tasik seperti cerita di atas lebih bermaruah dari pemimpin khianat itu.
Na'auzubillah!
No comments:
Post a Comment