JENDELA GLOBAL
Aku dulu bersekolah di Mumbai, di sebuah sekolah yang cukup besar khusus untuk anak-anak dari keluarga bangsawan. Kemudian aku melanjutkan pendidikan ke Universiti Cambridge. Setelah menyelesaikan program master, aku mengambil banyak kursus komputer. Aku menyesal, banyak gelar duniawi yang sudah diraih, tetapi aku belum melakukan apapun untuk kehidupan akhirat. Sekarang aku ingin melakukan sesuatu untuk akhiratku.
Mumbai City
Begini kisahku sebelumnya...
Sebenarnya aku sudah tidak suka sembah dewa-dewa pujaanku sejak aku mulai dewasa lagi. Aku teringat, pada suatu hari aku buang patung sembahanku ke bilik mandi. Ibuku menegur. Kukatakan padanya, "Benda-benda itu tidak dapat melindungi diri mereka sendiri. Jadi, buat apa kita minta berkat darinya? Sembah mereka.. apa yang mereka dapat beri pada kita??"
Ada sebuah ritual di keluarga kami, jika seorang gadis sudah berkahwin, ia kena basuh kaki suaminya dan minum air basuhan kaki itu. Tetapi aku tak mahu buat sejak awal kahwin lagi. Kerana itu aku sentiasa terus dimarahi habis-habisan. Teringat aku, ketika masih sendirian dulu, aku pernah ikuti sekolah pendidikan guru.. dan aku suka pandu kereta sendiri.
Kadang-kadang aku melawat sebuah Islamic Center dekat-dekat situ. Di sana aku terdengar orang bercakap, dan baru aku tahu, orang Islam tidak menyembah dewa. Mereka tidak kutip hadiah dari seseorang lain. Mereka tiada Baghawan. Aku suka cara pandang mereka. Maka akhirnya aku tahu mereka sembah Allah. Yang mengurus segala sesuatu. Oh! Aku terkesan sungguh melihat sholat mereka.
Mulanya aku tidak tahu, itu cara orang Islam berdoa. Yang aku tahu, itu macam aktiviti sukan. Baru kutahu setelah mengunjungi Islamic Center itu. Hingga termimpi-mimpi aku, pada setiap kali tidur. Mimpi melihat suatu ruang dari atas, nampak kotak hitam empat segi ditengahnya, yang selalu mengganggu tidurku. Bila terbangun, keadaan berpeluh.. Muncul lagi kotak itu dalam mimpi bila tidur balik. Setelah berkahwin aku pindah ke Bahrain.
Rupanya di situ tempat yang membantu aku memahami Islam dengan lebih baik. Bahrain padaku sebuah negara Muslim. Aku dikelilingi oleh tetangga Muslim. Aku berteman dengan seorang Muslimah. Ia jarang mengunjungiku, tetapi aku sering mengunjunginya. Suatu hari dia melarang aku mengunjungi rumahnya, kerana waktu itu bulan Ramadhan, bulan untuk beribadah. "Ibadahku terganggu kerana kamu berkunjung ke rumah!" begitu katanya.
Tetapi aku sangat ingin tahu tentang ibadah ritual yang dilakukan orang Islam. Aku minta dia izinkan juga aku ke rumahnya, "Buat apa saja yang kamu nak buat, aku cuma nak tengok. Aku tak kata apa-apa pun, aku cuma dengar apa yang kamu baca." Kataku. Dia pun membenarkan.
Ketika aku melihatnya sedang beribadat, aku teringin nak ikut. Aku tanya tentang 'gerak badan' itu, "Itulah 'sholat'." katanya. Buku yang selalu dia baca ialah 'Kitab Suci Al-Qur'an'. Aku harap, aku akan boleh buat macam dia. Aku pulang, kunci diri dalam bilik, tiru apa yang dia buat tadi secara diam-diam walaupun aku tak berapa tahu. Begitulah amalan rutinku.
Tiba-tiba pada suatu hari aku lupa kunci bilik ketika sholat. Suamiku masuk, "Apa yang kamu buat dalam bilik ni?"
"Aku sholat." Jawabku.
"Eh, kamu ni waras ke? Kamu tahu apa yang kamu buat?" Sambutnya.
Aku jadi ragu mulanya. Mataku terpejam takut. Tetapi tiba-tiba, aku rasa ada sebuah kekuatan besar dalam diriku, buat aku jadi berani menghadapinya. Aku jawab dengan tegas, "Aku sudah masuk Islam, fasal tu aku sholat."
"Apa?" Suamiku terkejut berang. "Kamu kata sekali lagi!"
"Ya. Aku memang pilih Islam." Ku ulangi lagi. Dia terus pukul aku. Kakakku dengar bising-bising datang nak tolong aku. Tetapi bila tahu cerita sebenar, dia turut tambah pukul aku lagi.
"Kamu semua tak perlu campur. Aku tahu apa yang baik dan buruk." Aku berusaha menenangkan. "Maaf, aku pilih jalanku sendiri." Tapi suamiku semakin macam tak sedar diri, terus menyiksa, sehingga aku pula yang tidak sedar diri.
Ketika hal itu terjadi, kedua anak-anakku berada di rumah. Umurnya 9 tahun dan adiknya 8 tahun. Lepas itu aku tak boleh bertemu sesiapa lagi. Aku dikurung dalam sebuah ruangan. Walaupun padaku, aku masih belum masuk Islam, tapi aku kata, aku sudah Islam. Hingga pada suatu malam, ketika aku masih dikurung anak sulungku datang, menangis dalam pelukanku.
"Mana mereka?" aku tanya.
"Semuanya tiada. Mereka pergi ke suatu majlis agama." Jawab anakku itu. Anakku minta aku lari dari rumah, kerana katanya mereka akan membunuhku.
"Tak mungkin. Kau jagalah dirimu dan adikmu baik-baik," kataku. Aku cuba memahaminya kerana padaku hal itu tak mungkin terjadi. "Jika mama pergi sekarang kau dan adik kau mungkin tidak akan bertemu mama lagi."
"Tidak! Mama boleh jumpa kami akhirnya, jika mama masih hidup. Pergilah mama, mereka akan membunuh mama sebentar lagi, jika mama masih ada di sini." katanya.
Akhirnya aku memutuskan untuk pergi. Aku tidak dapat lupakan peristiwa itu, ketika anak sulungku membangunkan adiknya sambil berkata, "Bangunlah. Mama akan pergi meninggalkan rumah. Jumpa mama sekarang, kerana kita tidak tahu samada boleh jumpa lagi atau tidak."
Itu pertama kali si bungsu melihatku, setelah kami tidak jumpa sekian lama kerana terkurung. Ia mengusap-usap matanya ketika melihatku. Ketika aku mendekatinya, ia pun memelukku dan menangis tersedu-sedu. Anak-anak mungkin sudah mengetahui semuanya. Ia hanya berkata, "Mama akan pergi?"
Aku hanya mengangguk, dan meyakinkannya semoga kami akan bertemu lagi. Aku akan meremukkan cinta seorang ibu dengan langkah kakiku. Di sebelah tanganku, aku menggenggam cinta kepada anak-anakku. Dan di sebelah tangan lagi, aku menggenggam cintaku pada Islam yang akan jadi gantinya. Aku berada di antara dua cinta, yang salah satunya terpaksa ku lepaskan. Aku merintih dan memeluk erat anak-anakku. Apakah aku telah menghancurkan cintaku pada mereka?
Luka-luka itu masih segar dalam ingatan. Aku tidak dapat berjalan, sayu dan tersayat hatiku. Namunku paksakan kakiku terus melangkah juga. Dua anakku melihat aku pergi di malam gelap, sejuk menggigil itu. Mereka melambai-lambaikan tangan sambil menangis di pintu gerbang. Sungguh-sungguh, aku tidak dapat lupakan. Aku ingat, aku orang yang tingglkan rumah dan keluarga kerana Islam.
Besok pagi, suamiku datang membuat pengaduan isterinya diculik. Setelah diberitahu yang sebenarnya, di mana aku sendiri datang minta bantuan untuk memeluk Islam, suamiku mula memaksa, dan mengancam. Aku menolak untuk pergi bersamanya, tetapi menawarkan bahawa ia boleh mengambil semua perhiasanku, tabungan, dan rumah milikku sebagai gantinya. Awalnya dia tidak mahu, namun demi melihat kegigihanku menolaknya, dia pun bersetuju dan minta pernyataan bertulis.
"Sekarang keluarga kau tidak akan sakitkan kau lagi, dan kau boleh memeluk Islam". Kata polis yang menolongku.
Aku berterima kasih padanya, lalu pergi ke hospital, kerana seluruh badanku penuh dengan luka. Aku tinggal beberapa hari di hospital itu. Suatu hari seorang doktor bertanya, "Dari mana asalmu? Mengapa tiada keluarga yang menjengukmu? Aku diam. Aku tinggalkan rumahku kerana mencari sesuatu. Kini ku tidak memiliki rumah atau keluarga lagi. Yang aku miliki hanya Islam. Apa yang perlu aku buat sekarang.. Di mana tempat berlindung?
Ya. Aku pergi ke Islamic Center. Masa itu tiada seorang pun di sana, hanya ada seorang bapa tua. Ku temuinya, dan kukatakan maksud kedatanganku. Agak ragu juga dia, katanya, "Nak, sari ini bukan pakaian seorang Muslimah." Sambil menunjukkan pakaian budaya India yang kupakai. "Pergi dan pakailah tudung, tutupilah dirimu sebagaimana orang Muslimah."
Aku ada sikit baki duit yang kubawa, kubeli pakaian, lalu kembali ke Islamic Center. Pak tua itu mengajarku cara berwudhu. Setelah aku berwudhu, ia membawaku ke sebuah ruangan. Ketika memasuki ruangan itu, aku terkejut melihat sebuah gambar tergantung di dinding. Gambar ruangan dan kotak hitam seperti yang kulihat dalam mimpiku dulu.
"Ini, yang sering aku lihat dalam mimpi. Yang selalu mengganggu tidurku!" Terhambur kataku tanpa sedar.
"Itulah Rumah Allah!" jelas Pak Tua itu sambil tersenyum. "Muslim dari seluruh penjuru dunia datang ke rumah itu untuk melakukan haji dan umrah. Namanya Baitullah."
"Apakah Allah tinggal di sebuah rumah?" Sekali lagi aku terkejut. Beliau menjawab tenang pertanyaan-pertanyaanku, senyum dan penuh perhatian. Rupanya beliau tahu banyak tentang Islam. Apalagi bila beliau berbahasa dengan bahasa ibuku. Aku diserang bahagia yang sangat aneh waktu itu. Beliau membimbingku ucap syahadah. Jelaskan padaku tentang Muslim dan Islam. Aku sudah tiada takut lagi, tiada beban dalam fikiran. Diriku terasa sangat ringan dan cerah. Dari sedang berenang di tempat kotor jijik, tiba-tiba bertukar ke air jernih bersih dan hening bening.
Pengelola Islamic Center itu mengangkatku sebagai anak, dan membawaku pulang ke rumahnya. Beberapa waktu kemudian dia kahwinkan aku dengan seorang Muslim. Keinginan pertamaku waktu itu adalah melihat rumah Allah. Al-hamdulillah, sudah ku lakukan. Aku tidak pernah lagi kembali ke India, dan aku pun tidak ingin pergi ke sana. Keluargaku mempunyai hubungan kuat dengan organisasi politik dan Hindu di sana. Bahkan mereka telah menawarkan sejumlah wang untuk kepalaku.
Dulu aku diberitahu 'mujahidin' adalah orang-orang dahsyat, suka menindas dan mengganas. Kami diajar bencikan mujahidin. Kini puak-puak Hindu itu mahu kepalaku pula. Sekarang baru ku tahu, mujahidinlah yang benar.. Aku cinta mereka! Selalu ku berdoa untuk mereka dalam setiap sholatku. Aku juga berdoa pada Allah, kalau dapat anak lelaki, aku akan bahagia bila melihat mereka bersama saf mujahidin. Aku akan persembahkan mereka untuk kejayaan Islam.. Atau syahid sebagai syuhadak, di mana rohnya berada di tembolok burung-burung hijau yang berkicauan di taman syurga.
Terngiang-ngiang di telingaku kicauannya. Insya Allah!
dari Nur Fatima.
(Sumber: hidayah.com, dll/AK)
salam tuan
ReplyDeletesatu artikel yang menyentuh hati
Rasa nak menangis... baca ini.
ReplyDeleteartikel yang menarik. Terima kasih.
ReplyDeleteAku baru baca. Hebat cerita ini.
ReplyDelete