Akauntan yang diupah Shahnaz Majid (kanan) menyatakan kekayaan tersebut
termasuk jumlah saham di 49 syarikat di Malaysia di mana antaranya
melibatkan ladang kelapa sawit di Sarawak, hartanah di Bukit Tunku,
Kuala Lumpur serta koleksi kereta mewah.
Andrew Heng yang merupakan akauntan yang diupah Shahnaz Majid bagi menyiasat kekayaan dan status kewangan bekas suaminya, memberitahu bahawa ini termasuk jumlah saham di 49 syarikat di Malaysia di mana antaranya melibatkan ladang kelapa sawit di Sarawak, hartanah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur serta koleksi kereta mewah.
Peguam Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie, bagaimanapun membantah permintaan tersebut dengan berkata pendedahan mengenai aset tersebut tidak sepatutnya mengejutkan beliau (defendan).
"Ia adalah aset yang dibuat berdasarkan laporan kewangan syarikat beliau (Mahmud Abu Bekir) sendiri," katanya.
Hakim, Muhamad Abdul Karim Wahab kemudiannya menetapkan sesi soal jawab Heng oleh pihak defendan pada 14 April depan. – 5 Februari, 2014. (TMI)
Anak perempuan Taib Mahmud..

No comments:
Post a Comment