Tuesday, February 04, 2014

Bagaimana Jangan Pilih Pemimpin Perogol Seperti Qaddafi?

Luapan syahwat Qaddafi Pasukan pengawal Qaddafi. libertatea.ro 

BAGI kaum lelaki , syahwat seksual meletup - ledak lumrah . Namun hanya mendiang pemimpin Libya Muammar al - Gaddafi boleh menyalurkan luahan hasrat seks dengan seenaknya selama 42 tahun berkuasa. Demikian kata berita. 


Simak saja cerita seorang guru perempuan di Ibu Kota Tripoli , Libya . Gaddafi adalah orang sangat maniak seks . Dia bersama putra - putranya kerap menculik dan menjadikan gadis - gadis muda sebagai hamba seks mereka .Kebanyakan dari perawan - perawan ini diculik dari sekolah atau kampus - kampus mereka . 


 Gadis - gadis itu ditawan untuk melayani keperluan seksual keluarga Gaddafi di kompleks Universiti Tripoli atau istana - istana lain .Di kampus itu terdapat sebuah bangunan baru boleh dibuka selepas rejim Qaddafi runtuh . Di dalamnya terdapat ruang tidur Qaddafi dilengkapi bilik mandi dan sebuah bilik operasi untuk pengguguran ."Beberapa di antara gadis itu baru berusia 14 tahun , " kata guru menolak disebut identitinya itu , seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail hari ini .


Mereka menculik gadis mereka inginkan . Mereka tidak bermoral . 

"Puterinya termasuk yang ketakutan saban kali Kolonel Gaddafi melawat ke Universiti Tripoli . Semua gadis cantik dikumpulkan untuk dipilih oleh Qaddafi . Salah satunya hilang dan tidak pernah ditemui sehingga sekarang .  

"Satu gadis ditemui di tengah taman tiga bulan kemudian dalam keadaan terpotong dan telah dirogol," ujar guru itu .

 Alhasil , wajar saja pemberontak menangkap dia hidup - hidup tidak kuasa menahan luapan amarah mereka . Qaddafi pun dibunuh dengan pistol emas miliknya .

Begitu ceritanya. (IH) 
Pengawal peribadi Qaddafi



Komen Weblog Ibnu HasyimKalau pemimpin yang diangkat itu tidak takut pada Allah, bila dia ada kuasa, takkan dia nak takut pada manusia? Itu terjadi pada Gaddafi, dan yang sekandang dengannya. Tak kiralah samada sosialisme, nasionalisme, atau isme-isme yang lain.

Bagaimana nak cari pemimpin yang takut kepada Allah? Carilah pemimpin-pemimpin yang partinya mempunyai ciri-ciri parti Allah. Dan pemimpinnya yang bercirikan peribadi Rasulullah SAW. Kerana itu, bacalah Quran dan tafsiran atau sejarah serta perjuangan Rasulullah SAW. Supaya jangan jadi 'buta' Quran, Hadis dan politik Islam! Cuma jauhari yang kenal manikam.

Lihat..

3 comments:

Andi_Husin said...

Assalamualaikum penulis,

Ada beberapa perkara berbangkit di sini.. Kalau Allah swt itu ada parti, apa nama parti milikNya?..

2.Parti milik Allah swt sebelum kemunculan islam adalah parti yang bernama apa?...

3.Apakah Islam = Parti sama maksudnya?...

4.Bercirikan pribadi Rasulullah saw..Bukankah banyak pelakon-pelakon drama mahupun filem di Malaysia menayangkan identiti2 yang bercirikan rasulullah saw?..Di mana kebenarannya atau saudara hanya mengadakan perkara2 baru dalam Agama Islam..Masyaallah...

Anonymous said...

Belajar agama lagi. Baca Quran dan hadis, ciri-ciri Hizbullah dan Hizbus Syaitan..

Maaf kalau kasar!

Anonymous said...

ghadafi ini dikatakan mazhab syiah fatimiyyah dan bercita2 menegakkannya di libya.

walaupun US benci dia kerana cuba melaksana dinar emas utk afrika utara tetapi disudut Islam dia tetap zalim. jgnlah kerana sesapa saja yg bertentangan dgn US maka kita sokong.

mungkin balasan Tuhan dgn kematiannya adalah wajar. dia termasuk diktator masa kini sama seperti assad dan hosni.

tanda2 kesyahidan tidak ada pada mayatnya dlm keadaan Allah byk tunjukkan tanda syahid kepada para mujahideen seluruh dunia.

kita tidak menghukum berdasarkan tanda tp hanya mengambil pedoman.

wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails