Monday, February 17, 2014

Brunei Pelihara Hidupan Laut, Dengan Kerjasama Pakar M'sia.


MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Awang Haji Yahya  semasa menyertai aktiviti menyelam di kawasan Pelong Rock, Pantai Serasa. (Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
 
SERASA, Sabtu, 15 Februari. -  Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyeru orang ramai agar sama-sama memelihara kehidupan laut di negara ini.

Menurut Yang Berhormat, takat-takat (koral) itu adalah mustahak dan perlu dipelihara bagi menjana ikan-ikan dan kehidupan laut di negara ini.
Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama menjelaskan perkara ini semasa menyertai aktiviti menyelam sebagai salah satu kegiatan Program Pembiakan Koral (Coral Propagation Programme - CPP) yang diadakan di kawasan Pelong Rock, Pantai Serasa.

Program ini, jelas Yang Berhormat adalah sebagai salah satu usaha dalam mengayakan lagi kehidupan laut di negara ini dan mampu menarik pelancong asing untuk menikmati kepelbagaian koral di negara ini pada masa akan datang.

Turut serta pada program tersebut ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Perikanan dan Pusat Inovasi dan Penyelidikan Kepelbagaian Biodiversiti (Biodiversity Research and Innovation Centre) KPSSU, penuntut-penuntut dari Sekolah Vokasional Wasan, Universiti Brunei Darussalam serta para penyelam Poni Divers.

AMIRUL02 150214 CORAL
Bengkel pengenalan selama sehari mengenai CPP yang diadakan di Kompleks Sukan Air Serasa itu dianjurkan oleh Jabatan Perikanan, KPSSU dengan kerjasama Poni Divers serta sokongan pakar daripada Malaysia. Seorang pakar dari Malaysia, Encik Anuar Abdullah dari Ocean Quest Malaysia Sendirian Berhad dijemput mengendalikan bengkel tersebut.  (I/H/PB)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails