Sultan Haji Hassanal Bolkiah
mengabadikan gambar kenangan bersama Presiden
Republik Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam dan Isteri,
Puan Yang Terutama Mary Chee Bee Kiang.
(Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
Singapura: Pelita Brunei melaporkan, Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali
Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, dan rombongannya, berkenan berangkat menghadiri Majlis
Santap Petang dihoskan oleh Presiden Republik Singapura dan isteri.
Keberangkatannya dusambut oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang
Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan isteri, Puan Yang Terutama Mary Chee
Bee Kiang.
Mengimbas titah Kebawah DYMM pada Majlis
Persantapan Negara sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Singapura ke
Negara Brunei Darussalam pada 30 Mei 2013, baginda antara lain
menekankan bahawa lawatan TYT bukan sahaja dapat memperbaharui dan
mengukuhkan persahabatan peribadi, bahkan juga dapat mempereratkan lagi
hubungan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang sudah lama
terjalin di pelbagai peringkat.
"Hubungan saling hormat-menghormati dan
percaya-mempercayai telah membolehkan Negara Brunei Darussalam dan
Republik Singapura untuk memperluaskan lagi bidang-bidang kerjasama
pertahanan, kesihatan, pendidikan, perdagangan dan perniagaan yang telah
wujud sekian lama," titah baginda.
Sementara itu Presiden Republik Singapura dalam sembah ucapan balasnya pula antara lain menyifatkan bahawa, hubungan kedua-dua buah negara lebih daripada sekadar rakan kongsi tetapi berkongsi pandangan yang sama dengan menumpukan kepada kepentingan kerjasama.
Sementara itu Presiden Republik Singapura dalam sembah ucapan balasnya pula antara lain menyifatkan bahawa, hubungan kedua-dua buah negara lebih daripada sekadar rakan kongsi tetapi berkongsi pandangan yang sama dengan menumpukan kepada kepentingan kerjasama.
Menurut TYT, hubungan pertahanan antara
kedua-dua buah negara juga sangat istimewa dan telah menyumbang kepada
keselamatan dua hala, di samping menghargai sumbangan Negara Brunei
Darussalam kerana menyediakan kawasan latihan bagi Angkatan Bersenjata
Republik Singapura. (IH/PB)
No comments:
Post a Comment