▼
Monday, February 17, 2014
Daging Babi Di Masjid, Komen Lim Guan Eng..
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan keharmonian masyarakat di negeri itu terus dicabar ekoran insiden terbaru semalam apabila sebuah masjid di Machang Bubuk dibaling daging, dipercayai babi.
“Jelas kumpulan perosak yang terlibat dalam penodaan terhadap tempat ibadat ini tidak berputus asa dalam usaha melemahkan dan menggugat kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun kerajaan negeri berpegang teguh kepada mandat melalui sokongan 68 peratus undi popular dalam pilihan raya umum, terdapat kebimbangan kumpulan itu tidak akan berhenti sehingga mereka mencapai tujuan.
Dalam insiden di Masjid Cherok Tokun semalam, ketua CID negeri Mazlan Kesah berkata, suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.
Pembantu Iman, Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh dan membuat laporan polis kerana tidak puas hati.
No comments:
Post a Comment