Tuesday, February 04, 2014
Dr Hatta Ketuai Jentera PRK Kajang -Abd Hadi
KL: Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat, maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi Pihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut memaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK Kajang.
“Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung PAS, malam tadi.
Mesyuarat itu, jelasnya telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah PRK di Dun N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan Adun Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.
Mesyuarat juga, kata beliau merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami.
“Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Sehubungan itu, tegasnya PAS mendesak agar pihak tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa. (HD)
Khalid yakinkan penduduk Kajang terima Anwar
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment