Wednesday, February 26, 2014

Erdogan Nafi Agih Wang Rasuah















 ERDOGAN mengangkat tangannya semasa beliau berada di dalam Parlimen di Ankara semalam. 

ANKARA - Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan, rakaman suaranya yang mengarahkan seorang anak lelakinya membawa sejumlah besar wang tunai dari rumah mereka yang tersebar di internet adalah palsu dan tidak benar.

Dalam rakaman yang tersebar kelmarin, suara yang didakwa Erdogan dan anaknya lelakinya itu, Bilal sedang berbincang untuk membawa keluar wang tersebut dari kediaman mereka dengan mengagihkan-agihkannya kepada ahli perniagaan.

Ketika perbualan tersebut, satu suara dipercayai Bilal turut memaklumkan kepada bapanya bahawa terdapat lebih 30 juta euro (RM135 juta) wang yang perlu dibawa keluar.

Perbualan tersebut dipercayai dirakamkan pada 17 Disember lalu pada hari yang sama tiga orang anak lelaki kepada tiga menteri Kabinet ditahan bagi membantu siasatan rasuah.

Beberapa media melaporkan, Endorgan yang mempunyai empat orang anak berjumpa dengan Ketua Perisikan Turki, Hakan Fidan sejurus rakaman berkenaan tersebar di internet.

Perjumpaan itu dibuat sebelum pejabat Erdogan mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman tersebut adalah palsu dan tidak benar.

Menurut pejabat Erdogan, rakaman audio tersebut yang muncul dua hari selepas Parti Pembangunan dan Keadilan pimpinannya memulakan kempen rasmi pilihan raya tempatan pada hujung Mac depan itu merupakan cubaan jahat untuk menjatuhkan pemimpin berkenaan.

"Mereka yang mengadakan konspirasi kotor terhadap Perdana Menteri Turki itu akan dibawa ke muka pengadilan," kata pejabat Erdogan dalam satu kenyataan.

Erdogan juga mendakwa perbualan telefonnya telah dipintas oleh musuh politiknya termasuk seorang pemimpin pembangkang, Fethullah Gulen yang kini tinggal di Amerika Syarikat.

Rakaman tersebut yang dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube kelmarin kini ditonton lebih 1.2 juta kali. - Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails