Monday, February 10, 2014

Filem Serang Balas Iran Terhadap Boneka Anjing Penjaga Rejim Zionis.

Stesen televisyen kerajaan Iran Jumaat lalu menyiarkan filem dokumentari mengandungi simulasi serangan balasan Iran terhadap Israel dan Amerika Syarikat (AS) . Negeri Mullah ini memang mengancam bakal menyerang balik jika dua negara itu menyerbu mereka .

Filem ini dibuka dengan ucapan pemimpin tertinggi Iran Ali Khamenei saat upacara wisuda kadet akademi tentera tiga tahun lalu .  


"Siapa saja berfikir untuk menyerang Iran harus bersiap menerima serangan balasan dahsyat , " katanya , seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Times of Israel , Ahad (9/2) ." Amerika , boneka sekaligus anjing penjaga rejim Zionis , mesti tahu serangan balasan Iran atas segala pencerobohan , serangan , atau ancaman akan dibalas dengan cara mampu menghancurkan mereka dari dalam , " ujar Khamenei .

Dalam filem berjudul Mimpi Buruk Burung Nasar pesawat pengebom nirawak dan peluru - peluru berpandu Iran menghentam Dataran Kikar Hamedina di Ibu Kota Tel Aviv , Israel . Serbuan negara Parsi itu juga menyasar Menara Azrieli , markas angkatan bersenjata di Kirya , Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion , Bandar Haifa , dan reaktor nuklear Dimona di Gurun Negev .


Ketika serangan terhadap markas komando tentera itu berlangsung , bekas Perdana Menteri Ehud Olmert dan bekas Menteri Pertahanan Amir Peretz sedang rapat di dalam sana .


Serbuan berlanjut dengan meruntuhkan sejumlah jet pejuang Amerika di Timur Tengah . gempuran udara ini juga menenggelamkan kapal induk Amerika USS Abraham Lincoln tengah berlayar dari Selat Hormuz menuju Teluk Parsi .


Filem itu kemudian memperbesar Peta Timur Tengah dengan tanda lokasi pengkalan tentera Amerika di kawasan itu . Peluru - peluru berpandu Iran lantas menghentam semua sasaran itu .Pada November tahun lalu , televisyen kerajaan Iran juga menayangkan video klip mengandungi serangan udara Iran ke bandar - bandar di Israel.

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Apa yang penting Iran sudah jadi suatu negara yang berani terang-terang berkenpen menentang Israel/AS, mengikut maklumat dari filem itu. Sedangkan banyak negara-negara umat Islam lain hanya pura-pura menentang dari balik tabir, yang hakikat perlaksanaan, hanya menjadi alat perkakas AS sahaja.  (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Hj Ibnu Hasyim jangan terpedaya dgn Islam IRAN sebenarnya syiah adalah musuh utama umat Islam sekrg. Mereka bersetongkol dgn Yahudi dan US sudah lama. Syiah adalah ajaran YAHUDI. Mana mungkin mereka akan bermusuh. Hati-hatilah dgn IRAN.

Anonymous said...

Sy kagum dgn Iran. Bangsa Parsi adalah bangsa ygmn Rasulullah saw pernah bersabda - Hanya Iran sbg negara Islam tulen yg mampu berdiri menentang negara kafir yg disembah oleh sunni Islam. Walaupun dikenakan pelbagai sekatan, Iran tetap mampu membangunkan teknologi persenjataan. Bygkan kalau Malaysia disekat spt Iran. Dah lama negara ini bangkurap!

Para ulama dan ahli tafsir meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, ia berkata, “Ketika turun ayat: “dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).” Salman ada di samping Rasulullah saw., lalu para sahabat berkata, ‘Wahai Rasulullah! Siapakah mereka yang jika kami berpaling Allah akan menggantikan kita dengan suatu kaum itu? Maka beliau menepuk pundak Salman seraya bersabda, ”dari orang ini dan kaumnya. Demi Dzat yang jiwaku di Tangan-Nya, andai keimanan itu bergantung di bintang Sturayya pastilah akan digapai oleh manusia-manusia hebat dari bangsa Persia.”

Imam Alâuddîn al Baghdâdi al Khâzin berkata setelah menyebutkan hadis di atas, “Dan hadis ini memiliki banyak jalur dalam hadis shahih akan dipaparkan dalam tafsir surah Jum’ah. [Ad Durr al Mantsûr,6/55-56]

Anonymous said...

Saya pasti anonymous 8:29 adalah seorang syiah..Bertaubatah saudara sementara nyawa masih di badan.

Anonymous said...

PANTEK amak ang sadoe anjiang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails