TELAH dilancarkan gerakan antarabangsa untuk menyokong wartawan yang ditahan di Mesir , Selasa ( 4/2/2014 ) kelmarin , di pelbagai laman media sosial . Gerakan tersebut membuat hastage # FreeAJEStaff .Gerakan ini bertujuan menggugat penangkapan dan penahanan para wartawan Mesir dan asing , dan menuntut pembebasan mereka . Di antara wartawan yang ditahan adalah..
- 3 orang wartawan televisyen Aljazeera ,
- wartawan Australia ( Peter Greste ) dan,
- dua orang Mesir rakannya ( Muhammad Adil Fahmi dan Muhammad Bahir ) .
Tuduhan tersebut dihadapkan kepada mereka , kerana para wartawan tersebut dikatakan telah memberikan sokongan dana , peralatan dan bahan berita untuk menyiarkan berita bohong di dunia antarabangsa bahawa di Mesir tengah terjadi perang saudara .Selain gerakan ini , para wartawan juga melakukan aksi demonstrasi .
Contohnya demonstrasi yang dilakukan para wartawan di Kenya untuk menuntut dibebaskannya wartawan Aljazeera bahagian timur Afrika . Demonstrasi itu dilakukan 150 orang wartawan dengan membawa kain rentang bertulis " media bukanlah pengganas " .
#FreeAJEStaff. Bebaskan wartawan yang ditahan ini! Weblog Ibnu Hasyim sokong!
(IH/ms/dakwatuna/elmarsad )
No comments:
Post a Comment