KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa
mengeluarkan pandangan segera berhubung status cukai barangan dan
perkhidmatan (GST), menurut pandangan syarak.
Perkara itu antara
resolusi yang dicapai pada Seminar Audit Negara, Ekonomi dan Pecukaian
Menurut Sisi Pandang Islam anjuran PAS Wilayah Persekutuan yang diadakan
hari ini. Mereka berpandangan bahawa, isu cukai khususnya GST
dan isu ekonomi yang lain ketika ini wajar diberi pencerahan dari sudut
syarak.
Selain
itu, seminar tersebut juga mengusulkan supaya kerajaan mengkaji semula
segala bentuk cukai yang dibebankan ke atas rakyat ketika ini. Seminar sehari ini berlangsung di Dewan Surau Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak.
Dua
kertas kerja dibentangkan masing-masing bertajuk " Audit Negara dan
Sisi Pandang Islam " oleh Dr Azahar Yaakob dan "Pecukaian dalam Islam"
oleh Dr Nazri Mansur. Isu GST pula diulas oleh oleh ahli akademik Dr Zuhdi Marzuki.
Dalam
pada itu satu lagi resolusi agar PAS mencerakinkan perbahasan mengenai
tawaran-tawaran Islam antaranya sistem percukaian Islam sebagai
penyelesaian yang bertepatan dengan tema Rahmat Untuk Semua. (HD)
No comments:
Post a Comment