Monday, February 17, 2014

Gunung Tempurung Kampar Mengeluarkan Asap..


KAMPAR, 16 Feb -- TERBAKAR... Kelihatan asap menyelubungi puncak Gunung Tempurung yang terbakar dipercayai akibat panahan kilat sejak petang kelmarin semasa tinjauan fotoBernama di Kampung Sungai Siput Selatan di sini hari ini.


Kelihatan sebahagian daripada 1.6 hektar hutan tersebut telahpun padam dengan sendirinya tetapi hari ini kebakaran telah merebak ke sebelah kiri gunung yang melibatkan kawasan seluas 0.8 hektar.
 Pihak bomba mengalami kesukaran memadamkan kebakaran dan berdepan dengan risiko keselamatan berikutan permukaan gunung yang sangat curam dan berbahaya.
--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails