Tuesday, February 11, 2014

Hudud Tidak Berjaya Kurangkan Jenayah, Kata Mereka Yang Tak yakin...


KESIAN kepada mereka yang tidak yakin dengan kemampuan hukum agamanya sendiri. Contohnya seperti berita di bawah ini..

Tun Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hudud tidak berjaya mengurangkan jenayah sebaliknya menyebabkan kemelut perundangan.


Semasa pembentangan kertas kerja di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), bekas ketua hakim negara itu berkata, negara yang melaksanakan hudud masih jauh ketinggalan daripada aspek kadar jenayah, keadilan dan keamanan.


"Setakat ini, negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan masih lagi ketinggalan dalam aspek ini berbanding negara yang tidak melaksanakannya seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Implementation of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia”, hari ini.


Beliau berkata, pelaksanaan hukum hudud Mekah dan Madinah tidak boleh dijadikan ukuran kepada keberkesanan undang-undang Islam tersebut kerana situasi yang berbeza.


"Mereka yang ke sana untuk mengerjakan haji, sekali seumur hidup, membawa wang yang cukup , mahu mendapatkan haji mabrur dan kebanyakannya orang tua dan insaf.
"Pastinya mereka tidak akan melakukan kesalahan jenayah," katanya.


Katanya, pelaksanaan suatu undang-undang bukan semata-mata bergantung kepada pelaksanaan, tetapi pelbagai aspek lain yang juga harus dipertimbangkan.


"Pelaksanaan undang-undang tidak berakhir dengan hanya menguatkuasakannya.
"Apa yang lebih penting ialah bagaimana ia dijalankan, apakah kesan dan akibatnya, adakah ia akan membawa kepada kehidupan lebih baik, keamanan dan kemakmuran, atau ia memperbaiki tahap keadilan dalam negara," katanya. - 11 Februari, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Patutlah dia disebut 'bekas ketua hakim negara', memang sudah tidak layak lagi menjadi hakim di negara yang melaksanakan hudud. Tidak yakin dengan apa yang Allah SWT perintahkan. Ramai lagi orang-orang mengaku Islam yang dicetak pemikirannya, supaya tidak yakin dengan agama anutannya sendiri.

Bukan hendak mencari jalan untuk melaksanakannya, tetapi mencari dalih untuk tidak melaksanakannya. Kesian mereka, siapa lagi yang layak membimbing kesesatan mereka?

3 comments:

TAOSUO TAOSUO said...

bila memperkatakan kejayaan Saudi melaksanakan hukum hudud beliau memberi gambaran negara itu hanya terdiri dari dua bandar sahaja dan penghuninya hanya orang2 yang menunaikan haji sahaja. Sekira benar inilah tanggapan beliau, maka terserlah lagi jelas kejahilan beliau. Dan sekiranya inilah tahap pemikiran seorang Ketua Hakim maka takutlah natijahnya. Na'uzubillah.

Anonymous said...

Esok....depan tuhan dipersilakan berhujah sebegini..

Anonymous said...

di Saudi hudud hanya utk rakyat biasa.
JNN 9 Jun 2013 Riyadh – Police in Jeddah, Saudi Arabia has confirmed the news that a girl had been raped and murdered by a Saudi prince Khalid bin Sa’ad bin Abdul Aziz al-Saud.
This is not the first incident in Saudi Arabia and neither the last, but due to the Press censorship and ban on the Human Rights Associations in the Land of the Wahabi Monarchs such news are forbidden and are rarely in the local Media.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails