KESIAN kepada mereka yang tidak yakin dengan kemampuan hukum agamanya sendiri. Contohnya seperti berita di bawah ini..
Tun
Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hudud
tidak berjaya mengurangkan jenayah sebaliknya menyebabkan kemelut
perundangan.
Semasa pembentangan kertas kerja di International Institute of Advanced
Islamic Studies (IAIS), bekas ketua hakim negara itu berkata, negara
yang melaksanakan hudud masih jauh ketinggalan daripada aspek kadar
jenayah, keadilan dan keamanan.
"Setakat ini, negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, Nigeria
dan Sudan masih lagi ketinggalan dalam aspek ini berbanding negara yang
tidak melaksanakannya seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan
Jepun," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk
"Implementation of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between
Brunei Darussalam and Malaysia”, hari ini.
Beliau berkata, pelaksanaan hukum hudud Mekah dan Madinah tidak boleh
dijadikan ukuran kepada keberkesanan undang-undang Islam tersebut kerana
situasi yang berbeza.
"Mereka yang ke sana untuk mengerjakan haji, sekali seumur hidup,
membawa wang yang cukup , mahu mendapatkan haji mabrur dan kebanyakannya
orang tua dan insaf.
"Pastinya mereka tidak akan melakukan kesalahan jenayah," katanya.
Katanya, pelaksanaan suatu undang-undang bukan semata-mata bergantung
kepada pelaksanaan, tetapi pelbagai aspek lain yang juga harus
dipertimbangkan.
"Pelaksanaan undang-undang tidak berakhir dengan hanya menguatkuasakannya.
"Apa yang lebih penting ialah bagaimana ia dijalankan, apakah kesan dan
akibatnya, adakah ia akan membawa kepada kehidupan lebih baik, keamanan
dan kemakmuran, atau ia memperbaiki tahap keadilan dalam negara,"
katanya. - 11 Februari, 2014. (TMI)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Patutlah dia disebut 'bekas ketua hakim negara', memang sudah tidak layak lagi menjadi hakim di negara yang melaksanakan hudud. Tidak yakin dengan apa yang Allah SWT perintahkan. Ramai lagi orang-orang mengaku Islam yang dicetak pemikirannya, supaya tidak yakin dengan agama anutannya sendiri.
Bukan hendak mencari jalan untuk melaksanakannya, tetapi mencari dalih untuk tidak melaksanakannya. Kesian mereka, siapa lagi yang layak membimbing kesesatan mereka?
bila memperkatakan kejayaan Saudi melaksanakan hukum hudud beliau memberi gambaran negara itu hanya terdiri dari dua bandar sahaja dan penghuninya hanya orang2 yang menunaikan haji sahaja. Sekira benar inilah tanggapan beliau, maka terserlah lagi jelas kejahilan beliau. Dan sekiranya inilah tahap pemikiran seorang Ketua Hakim maka takutlah natijahnya. Na'uzubillah.
ReplyDeleteEsok....depan tuhan dipersilakan berhujah sebegini..
ReplyDeletedi Saudi hudud hanya utk rakyat biasa.
ReplyDeleteJNN 9 Jun 2013 Riyadh Police in Jeddah, Saudi Arabia has confirmed the news that a girl had been raped and murdered by a Saudi prince Khalid bin Saad bin Abdul Aziz al-Saud.
This is not the first incident in Saudi Arabia and neither the last, but due to the Press censorship and ban on the Human Rights Associations in the Land of the Wahabi Monarchs such news are forbidden and are rarely in the local Media.