Aensi: BELAL memegang anak rusa yang diselamatkannya menggunakan sebelah tangan. Budak lelaki pertaruh nyawa selamatkan anak rusa NOAKHALI - Seorang budak lelaki di Bangladesh dianggap sebagai wira apabila dia sanggup bergadai nyawa terjun ke dalam sebatang sungai untuk menyelamatkan seekor anak rusa daripada lemas. Anak rusa itu kemudian diselamatkan oleh budak lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Belal dan berusia di awal remaja. Dia berenang melawan arus untuk membawa anak rusa itu ke tebing dalam insiden yang berlaku di sini, tenggara Bangladesh baru-baru ini.
Haiwan itu terpisah dengan induknya selepas air sungai itu melimpah akibat hujan lebat. Kejadian tersebut disaksikan oleh penduduk setempat termasuk seorang jurugambar hidupan liar, Hasibul Wahab yang merakam aksi berani Belal. "Paras air sungai ketika itu sangat tinggi selepas hujan le bat," kata Hasibul. "Kami fikir dia mungkin lemas, malah, rakan saya sudah bersedia untuk melompat ke dalam sungai untuk menyelamatkan Belal tetapi ternyata dia berjaya," tambahnya. - Agensi Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah akhlak Islam. |
Saturday, February 08, 2014
Inilah Akhlak Islam, Pertaruh Nyawa Selamatkan Anak Rusa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment