Sunday, February 23, 2014

Jalan Raya Malaysia Ke-17 Paling Bahaya Di Dunia

 SHAH ALAM: Malaysia adalah antara 25 negara yang paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti Michigan.

Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu.

Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang lapor M-Star Online.

Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya mencatatkan 14 kematian, Perancis (tujuh), Jerman dan Singapura (enam), dan Britain hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang.

Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang.
Namibia mendahului senarai yang paling berbahaya dengan 45 kematian dan tempat paling selamat adalah negara dengan pulau kecil, Maldives yang mencatatkan dua kematian.
Semua 25 negara yang tersenarai sebagai paling berbahaya, sama ada negara membangun atau negara kurang membangun. - Selangorkini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails