“Saya tidak dibenarkan menjamah makanan sebaliknya penyeksaan itu dilakukan konco along hampir 24 jam secara bergilir-gilir setiap hari...ia bagaikan neraka dunia,” kata Ah Kim, 39, seorang daripada mangsa along yang dikurung dalam ‘penjara’ ciptaan kumpulan lintah darat itu bagi mereka yang gagal melunaskan hutang.
“Ikutkan (perjanjian), saya diarahkan membayar RM100 setiap hari sehinggalah hutang selesai. Selepas enam bulan, perniagaan mula merosot dan disebabkan itu, bayaran mula tertunggak. Disebabkan itu, kadar bunga mula meningkat dan mencecah RM13,000.
Sementara itu Timbalan Pengarah Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, kumpulan terbabit akan menggunakan pelbagai cara termasuk kekerasan bagi mendapatkan kembali wang mereka.
“Malah, saya akui ada beberapa kes lampau apabila mangsa dikurung di kondominium, flat, rumah oleh konco along dan dipukul. “Mereka (peminjam) kemudiannya dibebaskan sama ada diselamatkan polis ataupun selepas keluarga membayar wang pinjaman berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana, di sini, semalam.
“Selalunya, jika pinjaman RM1,000 peminjam hanya akan diberikan RM900. Peminjam pula diminta membayar RM13 setiap hari selama 100 hari. Kadar bunga yang dikenakan adalah 40 peratus.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sudah ada kerajaan dalam kerajaan ke? Along ada penjara sendiri untuk menyiksa dengan hukuman sendiri? Apa nak jadi dengan kerajaan Malaysia, masih pekak, tuli, bisu? Tidak sensitif dengan penderitaan rakyat. Sudah habiskah tenaga fikir kepala otak kerajaan, untuk berfikir mencari jalan keluar bagi masalah ini?
1 comment:
|
geng geng cukong ada khazanah
mereka sendiri yang bolih bagi
elaun tambahan kepada pegawai
pegawai polis atas dasar -'lu
tolong gua, gua tolong lu'
|
cerita cerita sogokan yang ditulis
dek RPK pasal korupsi polisi
mesti diulang siar.
Bayabgkan geng mat opiser polisi
ada harta 20juta ringgit
antara 60 daripada mereka!
|
'onederful malaysia' teriak Teresa
Kok mencaci keghairahan Mak
Bondar Rosmah dengan bek bek
Birkinnya!
|
Korupsi Melayu teriak si
Inglorious bastard Lim Sam Seng
aka Kit Siang setiap kali ia berucap.
\
Soalan Amat Relevan Sokmo
--------------------------
|
Siapakah yang meberi pada pak
polisi?
Cukong Danny Tan ke? Vincent Tan
ke?
atau lain lain kroni Ah Lian di
MaH Cai Association ke?
Chemen Macc -Johan Jakpa, jawab
jangan tak jawab!
Tak kan selok pekasam sampai kat
gelang tangan aje?
Mestilah selok sampai ke pangkal
lengan- takkan lah Mat
No 1 dbp tak paham paham kaltura
Melayu , Mat Johan ooi?
Senang jadi mat pantat- cakap
lepas aje.
Sekarang sila bagitau sapa dalang
belakang 20 juta ringgit-
minggit tuh!
khong khek khuat
|
Post a Comment