Thursday, February 27, 2014

Kisah Pelacur Tempatan Di Riyadh..

Riyadh.
Pelacur Indonesia di Saudi asalnya tenaga kerja Indonesia (TKI)..

Ubah kediaman jadi rumah pelacur
Riyadh: Polis Arab Saudi semalam menahan seorang wanita tempatan, dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya kerana disyaki mengubah kediaman mereka menjadi sarang maksiat.
Wanita terbabit yang berusia 50-an melacurkan anak perempuannya, manakala anak lelakinya dipaksa mencari pelanggan yang kebanyakannya pekerja asing.

Akhbar melaporkan wanita itu yang mengenakan bayaran SR500 (RM437) untuk khidmat pelacur di kediamannya di utara bandar Hafr al-Batin dipantau penguat kuasa Suruhanjaya Pencegah Maksiat sejak beberapa bulan lalu.

“Penguat kuasa akhirnya berjaya memasuki kediaman wanita itu bersama-sama pelanggan warga asing yang ditahan sebelum ini.
“Dia enggan membenarkan rakyat tempatan memasuki rumahnya, tetapi warga asing terbabit meyakinkannya bahawa pegawai penguat kuasa itu juga mahu mencari keseronokan,” lapor akhbar harian berbahasa Arab, Sabq.

Apabila mereka masuk dan memberinya sejumlah wang, anggota penguat kuasa lain menyerbu kediaman itu dan menahan wanita terbabit dan ketiga-tiga anaknya, lapor Sabq.
- Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails