SEORANG gadis Muslim Rohingya berusia 16 tahun mengaku kepada Anadolu Agency ( AA ) bahawa dirinya telah diperkosa oleh sekumpulan polis dan warga Buddha Rakhine tempatan , menyusul terjadinya penyerangan di desa Du Chee Yar Tan , negara bahagian Rakhine Myanmar .
Gadis , yang meminta namanya tidak disebutkan kerana bimbang balasan dari pihak berkuasa Myanmar , mengatakan bahawa polis dan warga Rakhine membakar beberapa rumah di kampung . Dia mendakwa bahawa selepas beberapa warga desa Rohingya cuba memadamkan api , polis menembak mereka , memaksa mereka untuk berpindah ke ladang .
Dia ikut melarikan diri dengan ibu dan ibu saudaranya ketika polis menangkapnya dan menempatkannya dalam tahanan . Namun , dia tidak dibawa ke pejabat polis .
" Polis membawa saya ke tempat pasaran antara Du Chee Yar Tan dan desa Rakhine Khayae Myuing" ujarnya .
"Mereka mengurung saya di sebuah kedai runcit . Semuanya terkunci , " tambahnya .
Pada awalnya dia mengatakan polis berbicara dengannya dan memintanya untuk berpindah ke agama Buddha,
"Saya mengatakan tidak , saya menolak untuk pindah agama , " ungkapnya kepada AA .
"Mereka kemudian memukul saya . Saya ditampar . Dipukul dengan tongkat , " katanya mengimbas kembali sambil menangis ."Saya ingat dengan jelas . Tepat sebelum fajar orang Rakhine pertama masuk Dia kemudian memperkosa saya . Kemudian yang lain datang , satu per satu . Ada empat orang Rakhine , dan tiga pegawai polis , " isaknya .
"Satu demi satu mereka memperkosa saya , " ulangnya .
Penghapusan etnik Islam di Myanmar
Bibi gadis itu mengatakan bahawa mereka telah memberinya ubat untuk memastikan bahawa dia tidak akan hamil . [ IH/Fq / islampos / anadolu ]
Lihat sebelum ini..
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
CT Rahmah 0132289576
Syed 0176778774 (JB)
1 comment:
bisakah para muslim meninggalkan saja tempat itu, ganti kewarganegaraan gitu ?
Post a Comment