KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik cadangan Konsensus Nasional yang dilontar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru-baru ini.
Presiden
PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cadangan itu juga
selari dengan keperluan muzakarah yang dilontar beliau dalam
penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.
"PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah
keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana
yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan
majlis perundingan negara," kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.
Berikut kenyataan penuh beliau;
Parti
Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan perbincangan di kalangan
pimpinan PAS Pusat untuk meneliti berbagai aspek dalam menekuni
persoalan "Konsensus Nasional" yang telah dilontarkan oleh Perdana
Menteri selepas mesyuarat kabinet baru-baru ini.
Sehubungan
dengan itu, PAS menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha merungkai
serta menyelesaikan kemelut dalam negara kita ini.
PAS ingin
menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam
masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah
disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis
perundingan negara.
Ianya juga adalah selari dengan keperluan muzakarah yang saya sebutkan dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.
Lanjutan
dari itu, maka PAS berharap agar pihak kerajaan dapat menyatakan
terma - terma dan proses Konsensus Nasional ini sebagai langkah bergerak
ke hadapan.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
No comments:
Post a Comment