KAJANG: Polis memerlukan hampir setengah jam untuk memecahkan pintu sebuah pusat karaoke di Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, di sini, yang menawarkan GRO serta pelacur warga asing, awal pagi tadi.
Dalam serbuan 11.30 malam dan berakhir kira-kira 2.30 pagi itu, polis menahan 14 GRO warga Vietnam berusia antara 18 dan 26 tahun yang dipercayai turut memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
"Serbuan diketuai Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah bersama lima pegawai dan 18 anggota.
"Selepas pintu utama dapat dipecahkan, pemeriksaan lanjut di dalam premis mendapati 41 pelanggan berada di premis.
"Di tingkat satu dan tiga diubahsuai untuk karaoke manakala di tingkat dua premis didapati dijadikan tempat pelacuran untuk pelanggan yang mahukan khidmat ekstra.
"Pusat karaoke berkenaan tidak mempunyai lesen dan kondom juga ditemui," katanya.
Menurutnya, turut ditahan dalam operasi itu ialah seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun yang juga penjaga premis. Katanya, premis dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran pihak berkuasa.
"Semua GRO warga asing ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: GRO, orang asing, taukehnya takkan orang asing juga? Semuanya boleh diselesaikan.
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
CT Rahmah 0132289576
Syed 0176778774 (JB)
No comments:
Post a Comment