Monday, February 17, 2014

Lagi, Sialnya Pusat Hiburan & Judi Haram. Judi Tak Haram Bagimana?

 
Polis rampas 44 mesin judi, karaoke bernilai RM25,000
BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang merampas sebanyak 44 unit mesin perjudian dan karaoke bernilai RM25,000 dalam operasi bersepadu di sekitar negeri itu, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, operasi bersepadu selama lima jam bermula pukul 10 malam itu melibatkan pemeriksaan di 50 buah premis judi dan hiburan.

"Hasil pemeriksaan mendapati lapan premis melakukan pelbagai kesalahan antaranya menjalankan aktiviti perjudian, pusat hiburan tanpa lesen dan tiada lesen perniagaan.
"Kita merampas mesin perjudian, set karaoke dan komputer bernilai RM25,000 di lapan premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, operasi itu disertai 67 pegawai dan anggota dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Pulau Pinang, Bahagian Penguat Kuasa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang tak haram itu, yang tak ada lesen, walaupun haram dari segi hukum Islam. Rupanya di negara Islam (kononnya) Malaysia, ada judi yang halal! Ha ha ha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails