Wednesday, February 26, 2014

'Langkah Kajang' Gagal Hentikan Kocakan PKR


Sebulan selepas “langkah Kajang” PKR, bermula dengan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), pertikaian dalaman parti itu masih membara.

Perkembangan terkini mencadangkan, pertikaian utamanya berkaitan usaha pengambil alihaan empat syarikat air negeri dalam rundingan – sekurang-kurangnya tawaran – bernilai lebih  RM9.65 bilion.

Pihak berkepentingan yang dekat, bahkan dalam PKR sendiri saling melobi media untuk menyerang kumpulan lawannya dengan mencadangkan terdapat kemungkinan rundingan tidak diketahui dalam pengambil alihan itu.

Turut dikaitkan berhubung pemecatan lebih 20 orang kakitangan kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ia diburukkan lagi dengan perselisihan antara Timbalan Persiden PKR Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malaysiakini menjejak semula perkembangannya dan melibat daripada pelbagai kaca mata, termasuk kumpulan anti Datuk Seri Anwar Ibrahim, anti-Khalid dan anti-Azmin. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails