Wednesday, February 05, 2014

Mrs Universe 2013, Sokong ‘World Hijab Day’, Tapi S'pura...

   Mrs Universe 2013, Carol Lee turut menyokong kempen memakai hijab dengan memakai hijab dan berharap wanita tidak akan didiskriminasi ketika memakai tudung.
SHAH ALAM - Kempen Hari Hijab Sedunia (WHD) yang dijalankan di Singapura terpaksa diberhentikan setelah menerima tentangan daripada kerajaan negara itu.

Kempen yang diilhamkan Nazma Khan itu bertujuan untuk memberikan kesedaran serta bagi memberi ruang kepada masyarakat dunia khusunya yang bukan beragama Islam merasai sendiri pengalaman memakai hijab pada 1 Februari.

"Adalah sangat mendukacitakan apabila Hari Hijab Sedunia di Singapura telah dipaksa untuk diberhentikan setelah kumpulan tersebut menerima ugutan dan tentangan daripada kerajaan Singapura.

"Namun, tujuan Hari Hijab Sedunia hanyalah untuk menyebarkan pemahaman agama dan kesedaran ke arah keamanaan sedunia pada 1 Februari 2014," kata Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan mengecewakan kerajaan Singapura itu disifatkan satu diskriminasi terhadap orang Islam bertudung.

"Tindakan kerajaan Singapura mengugut dan menentang kumpulan WHD Singapura sangat mengecewakan kerana ini dengan jelas merupakan diskriminasi terhadap orang Islam yang bertudung dan usaha-usaha untuk menyebarkan pemahaman agama sesama walaupun kita tinggal di dalam komuniti yang pelbagai," katanya yang juga merupakan Adun Seri Setia.

Melalui sebuah akaun Facebook ‘World Hijab Day’, wanita-wanita dari seluruh dunia berkongsi pengalaman mereka ketika pertama kali memakai tudung.

Pelbagai kisah menarik hasil perkongsian itu termasuk sebahagian besar mereka merasakan dihormati dan tenang selepas mengenakan hijab.
SOGO KL, Carol Lee adalah wanita pertama Asia yang memenangi pertandingan ratu cantik Mrs Universe. Bukan itu sahaja, dia juga mendapat gelaran Mrs Popularity dengan memdapat undian online terbanyak.

Mrs Universe 2013, Carol Lee turut menyokong kempen itu dengan memakai hijab dan berharap wanita tidak akan didiskriminasi ketika memakai tudung.

“Wanita tak sepatutnya dikritik atau dianggap berbeza hanya kerana mereka memilih untuk memakai hijab. Orang dari kepercayaan lain patut belajar untuk menghormati itu,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Hari Hijab Sedunia.

Akaun Facebook itu sudah mendapat lebih 68,000 ‘likes’ dan hampir 1,000 pemilik akaun Facebook bersetuju untuk menyertai kempen tersebut. (SH)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  

Lihat artikel

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails