Saturday, February 08, 2014

Muzik Keras Cara TDWP. Hempas Mikrofon &...


SETIAP bait lirik TDWP dalam lagu yang disampaikan turut sama dinyanyikan oleh 1,500 penonton yang hadir. DARI kiri: Mike, Jeremy, Chris, Andy dan Daniel yang menganggotai TDWP teruja membuat persembahan pertama kali di Kuala Lumpur.



DARI kiri: Mike, Jeremy, Chris, Andy dan Daniel yang menganggotai TDWP teruja membuat persembahan pertama kali di Kuala Lumpur. 
HALAMAN HIBURAN

JERITAN penonton mula menggegarkan suasana dalam ruang konsert KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Sabtu lalu sebaik sahaja kelibat sang vokalis, Mike Hranica yang memakai jersi pasukan hoki ais Ohio bernombor 47 melangkah masuk ke atas pentas.

Tanpa menunggu lama, kumpulan The Devil Wears Prada (TDWP) memulakan rantaian persembahan pada malam itu dengan lagu Gloom yang dipetik daripada album terbaharu mereka bertajuk 8:18.
Lagu pembukaan itu ternyata memberi energi awal kepada penonton yang setia menanti mereka sejak petang lagi.

Jeritan nada tinggi nyanyian Mike yang diselangi dengan alunan melodi gitar, bass dan dram dalam lagu itu seolah-olah meresap lalu merasuk jiwa penonton.

Hempas mikrofon

Seperti tahu apa yang harus dilakukan, penonton terus memulakan aksi mosh iaitu sejenis tarian yang dilakukan dalam formasi bulatan yang sinonim dalam konsert atau persembahan muzik metal.
Tatkala gitaris kedua kumpulan TDWP, Jeremy DePoyster menyanyikan rentak melodi pada bahagian korus dalam setiap lagu yang dipersembahkan, suara penonton turut sama membingitkan lagi suasana ruang persembahan itu.

Insiden masalah teknikal pada pertengahan set sehingga menyebabkan Mike menghempas mikrofon ternyata tidak merencatkan rentak kumpulan itu sehingga ke akhir persembahan. Interaksi Mike dengan penonton sepanjang persembahan wajar diberi pujian. Kata-katanya yang menjadi pembuka bicara sebelum memulakan sesebuah lagu ternyata menceriakan penonton.

"Penonton Malaysia lebih sporting berbanding ketika kami mengadakan persembahan di Indonesia dan Singapura," laung Mike pada pertengahan set sehingga mendapat sorakan gemuruh daripada kira-kira 1,500 penonton yang hadir.

Begitulah bermulanya muzik keras cara TDWP.. dan seterunya..

Apa beginikan UMNO/BN mentarbiah belia-belia di negara ini? Gaul bebas, menjerit dan... Bagaimana dari segi pandangan agama Islam atau agama-agama lain di Malaysia? Renung-renunglah..
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails