Friday, February 07, 2014

Muzika Ekstravaganza, Kaji Balik Faedahnya Untuk Agama & Negara.


BARISAN artis yang terlibat dalam konsert Muzika Ekstravaganza bergambar bersama wakil pihak RTM (Malaysia) dan MediaCorp (Singapura) pada sidang akhbar yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur kelmarin. 

HALAMAN HIBURAN

WEBLOG Ibnu Hasyim mencadangkan supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) kaji balik rancangan Muzika Ekstravaganza mengenai kesan dan faedahnya untuk agama di kalangan rakyat negara ini.

"Tidak ada salahnya, kalau kita kaji balik dan masukkan unsur-unsur agama supaya lebih berfaedah sesuai dengan agama Islam dan pembangunan negara." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim.
Sesuaikah tarian begini dengan syariat Islam?

Penganjuran konsert Muzika Ekstravaganza oleh RTM bersama MediaCorp dikatakan menggabung barisan artis-artis baharu terkemuka tanah air dan Singapura. Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM, Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, konsert Muzika Ekstravaganza yang telah memasuki tahun kelapan.

"Justeru, pada kali ini, persembahan yang bakal ditampilkan cukup berbeza. Ini termasuk lagu-lagu yang akan didendangkan serta barisan penyanyi yang mengambil bahagian," kata Dr. Ahmad Jailani pada sidang akhbar yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur kelmarin seperti dilaporkan Kosmo hari ini.
Editor IH

Konsert tersebut akan bersiaran secara langsung pada pukul 8.30 malam ini menerusi saluran TV2 dan MediaCorp TV 12 Suria (Singapura)

"Ya, saya hanya memberi pandangan kerdil sahaja.. Mari kita sama-sama lihat dan nilaikan programnya malam ini.. Lihat dari sudut Islam!" ujar Dr Hj Mohd lagi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails