Friday, February 21, 2014

Nas Adila Mohon Petunjuk Pilih Calon Suami. Begini...


HALAMAN HIBURAN  

PETALING JAYA: Penyanyi Nas Adila yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan seorang penyanyi lelaki, tetapi akhirnya menyerahkan kepada Allah dengan melakukan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk memilih calon suami.

Nas Adila atau nama sebenarnya Nas Adila Mohd Dan, 28, berkata, pada usia berkenaan dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai.

"Sebagai seorang perempuan saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika bertemu dengan lelaki yang saya rasakan sesuai.
"Oleh itu, jika saya berkawan rapat dengan lelaki, sudah tentu saya mengharapkan untuk dia menjadi suami dan bukan hanya sekadar untuk suka-suka," katanya kepada mStar Online seperti berita hari ini..

Tambah Nas, dia sering melakukan solat istikharah untuk memohon agar diberikan petunjuk sama ada lelaki yang didekatinya itu sesuai atau tidak dijadikan teman hidup. Dia menilai seorang lelaki melalui akhlak yang ditonjolkan dan latar belakang keluarga terlebih dahulu.

"Jika saya rapat dengan seseorang lelaki selalunya saya akan buat sembahyang istikharah supaya diberi petunjuk.
"Alhamdulillah, setakat ini ia memang membantu saya agar tidak membuat keputusan yang salah," katanya.

Begitu kira-kira beritanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini sedikit panduan dan petunjuk memilih calon suami.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ ۝

وَمِن ءَآيٰتِهٖ أَن خَلَقَ لَكُمْ مِّن أَنفُسِكُمْ أَزْوٰجًا لِتَسْكُنُوآ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَّوَدَّةً وَرَحْمَةًۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لأَٰيَـٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ۝

  • ”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” ( Ar-Rum (30) ayat; 21).
Ketenteraman jiwa dari kehendak nafsu merupakan masalah asas pertama bagi kedua suami-isteri. Perkataan  'Ketenteraman Jiwa' amat dalam maknanya. Islam telah meletakkan kaedah-kaedah pokok sebagai dasar pertimbangan yang sehat dalam memilih suami. Jika setiap orang mengikut, mengambil berat dan melaksanakan dasar-dasar tersebut tentu mereka dapat menyelamatkan puteri-puterinya dari berbagai macam kesukaran, penderitaan dan kemalangan yang akan menimpa mereka.

Pertama:
Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَتَا كُمْ مَن تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُن فِتْنَةٌ فِى اْلأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ

  • “Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuan kamu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya, nikahlah ia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan maka akan terjadi fitnah di (muka) bumi.”
Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA itu, Rasulullah SAW meletakkan asas pertama yang kuat, dasar yang kukuh, prinsip yang sehat dan kaedah yang tepat dalam memilih suami. Beliau SAW menyeru supaya dalam hal memilih suami hendaklah lebih mendahulukan pertimbangan soal akhlak dan agama daripada pertimbangan-pertimbangan lain.

Baginda SAW menekankan supaya kita rela menerima dua hal itu dalam memilih suami. Jika tidak ia boleh menimbulkan fitnah dan kerusakan yang luas di kalangan masyarakat. Kerusakan tersebut akan dapat menghancurkan nasib anak gadis yang soleh jika ia diserahkan sebagai isteri kepada seorang lelaki fasik dan durhaka, walaupun lelaki itu mempunyai banyak harta atau kedudukan yang tinggi.

Seorang lelaki datang menemui Al-Hasan bin Ali RA, meminta nasihat. Dengan lelaki bagaimanakah yang layak dikahwinkan putreinyya. Ia berkata: “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki, dengan siapakah yang sebaiknya aku mengawinkannya?”

Al- Hasan menjawab: “Kawinkanlah dia dengan lelaki yang bertaqwa kepada Allah, sebab kalau ia mencintai isterinya ia pasti menghormatinya, tetapi kalau tidak menyukainya ia pasti tidak akan berlaku dzalim terhadapnya.”

Kedua:
Allah SWT berfirman:

الزَّانِى لاَ يَنكِحُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْمُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لاَيَنكِحُهَآ إِلاَّ زَانٍ أَوْمُشْرِكٌۚ وَحُرِّمَ ذٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ ۝

  • “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh lelaki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (An-Nur (24)
Al-Fudhail bin Iyyadl berkata:
  • “Siapa yang menghormati ahli bid’ah bererti ia memberi bantuan untuk meruntuhkan Islam, dan siapa yang tersenyum kepada ahli bid’ah maka ia telah menganggap remeh apa yang diturunkan Allah SWT kepada Muhammad SAW, dan siapa yang menikahkan puterinya kepada mubtadi’ maka ia telah memutuskan hubungan silaturrahimnya, dan siapa yang mengiringi jenazah seorang mubtadi’ akan senantiasa berada dalam kemarahan Allah sampai ia kembali.” (Syarhus Sunnah : 139).”
"Barangsiapa menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasik (derhaka) bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri.”

Atsar dari Anas RA itu,  meletakkan asas kedua, yakni asas yang perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya dalam memilih seorang calon suami bagi gadisnya. Asas yang kedua ini berkaitan erat dengan asas yang pertama tadi, iaitu jika tidak diambil perhatian dan tidak kita laksanakan, pasti akan mengakibatkan fitnah dan kerusakan yang luas di dalam kehidupan masyarakat.

Apakah yang lebih besar selain fitnah atau malapetaka yang menimpah gadis-gadis yang berjiwa bersih dan baik yang jatuh ke tangan kaum lelaki durjana yang tidak menjaga hubungan kekeluargaan dan tidak menghormati akad perjanjian.
Allah SWT berfirman:

وَأَخَذْنَ مِنكُمْ مِيثَـٰقًا غَلِيظًا۝

  • ” Dan mereka ( isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat ( berat).” ( An-Nisa (4) ayat; 21).
Kalau nasib gadis-gadis yang jatuh ke dalam cengkaman mereka, jika terus-menerus menjadi isteri-isteri mereka, tentu akan kehilangan keyakinan agamanya, atau pasti akan kehilangan maslahat keduaniaannya jika wanita-wanita itu lebih mengutamakan keselamatan agamanya demi keridhaan Allah SWT.

Betapa banyak gadis yang hidup bersih dan suci di tengah-tengah keluarganya, tetapi setelah hidup bersama suaminya ia hanyut ke dalam arus kederhakaan hingga berubah peragai dan tingka-lakunya. Itulah akibat tersalah pilih yang dilakukan oleh keluarganya pada waktu memilih calon suami baginya, atau kerana keluarganya terpengaruh dengan harta dan kedudukan calon menantunya.

Gadis yang pada mulanya baik akhirnya terseret oleh kebiasaan buruk suaminya, suka minum arak, berjudi, meninggalkan pakaian hijab, bergaul bebas dengan lelaki lain yang bukan muhrimnya, meninggalkan shalat, puasa dan bentuk-bentuk ibadah yang lain, semuanya itu jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya. Maka itu di peringatkan “Barangsiapa mengawinkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq berrrti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri.”

Anak perempuan adalah tali silaturrahim yang terkuat dan lebih mudah menerima nasihat dan lebih patuh kepada orang tuanya daripada anak lelaki, kerana itu seorang ayah yang mengabaikan kewajiban terhadap anak perempuannya, sesungguhnya ia telah berbuat kezhaliman yang besar, hampir dengan kezhaliman orang-orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.

Allah SWT menyatakan sebagai orang-orang terkutuk. Allah SWT berfirman:

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا فِى اْلأَرْضِ وَتُقْطِعُوٓا أَرْحَامَكُمْ ۝ أُوْلَـٰٓئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَىٰٓ أَبْصَـٰرَهُمْ ۝

  • “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang di laknat Allah dan dituli Nya telinga mereka dan dibuta Nya penglihatan mereka.” ( Muhammad ( 47) ayat; 22-23).
Rasulullah SAW melarang ayah mengahwinkan anak gadisnya dengan lelaki fasiq, lebih lagi Allah melarang seorang ayah mengahwinkan anak gadisnya dengan seorang lelaki yang meninggalkan kewajiban, seperti shalat dan puasa.

Setengah ulama berpendapat bahawa orang yang tidak menunaikan kewajiban zakat di mana hartanya telah mencapai haul dan nisab, atau orang yang mengingkari kewajiban zakat, hukumnya wajib di perangi, sampai mereka membayar seperti yang telah ditetapkan.  Apalagi orang yang meninggalkan shalat.

Rasulullah SAW bersabda:

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلَاةِ….وَفى رواية، اَلْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ الصَّلَاةُ، فَمَن تَرَكَهَا فَقَدْكَفَرَ

  • "Di antara seseorang hamba dengan kufur ( kekafiran), ialah meninggalkan shalat, dalam riwayat yang lain yang berasal dari Buraidah RA berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perjanjian (batas) yang diletakkan antara kita umat Islam dengan orang kafir, ialah shalat. Maka barangsiapa meninggalkan shalat kafirlah dia.” ( HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i dan Tarmizi).

Ketiga:

Dalam memilih jodoh janganlah ada orang yang memandang soal-soal lahir, kerana soal-soal lahir sering tidak sesuai dengan kenyataan yang sebenarnya. Jangan memandang material, kerana material tidak akan bertahan lama dan akan segera lenyap,. Jangan memandang kedudukan, kerana kedudukan hanya bersifat pinjaman, dan jangan pula memandang pangkat, kerana pangkat itu sesungguhnya hanya sementara saja.

Suatu hal yang tidak dapat diterima di dalam Islam, ialah” Seorang bapa kalau mahu mengahwinkan anak perempuannya, hanya dengan lelaki yang sanggup membayar maskawin yang tinggi.” Ada juga seorang bapa dia tidak mahu mengahwinkan anak perempuannya, kecuali dengan lelaki yang berpangkat atau berkedudukan tinggi, atau dengan lelaki yang kaya, tanpa memandang dari segi akhlak dan penghayatan agamanya.

Islam tidak memandang anak gadis sebagai barang dagangan yang boleh dijualbelikan. Islam tidak menganggap perkawinan sebagai kontrak perniagaan, tetapi Islam memandangnya sebagai pertemuan antara dua sifat utama yang ada pada seseorang lelaki dan wanita. Agar dengan perkawinan itu dapat diwujudkan tujuan yang amat penting, iaitu kebahagian hidup di dunia dan akhirat serta keturunan yang sholeh dan sholehah. Oleh itu seseorang lelaki perlu memberi perhatian kepada sifat-sifat yang ada pada wanita pilihannya.

Sebab kebahagiaan suami banyak tergantung pada keutamaan sifat isterinya, demikian pula sebaliknya, kebahagiaan seorang isteri banyak tergantung pada keutamaan sifat suaminya, bukan bergantung pada kedudukannya, pangkat atau kekayaannya.

Allah SWT berfirman:

وَ أَنكِحُوا اْلأَيَـٰمَـٰى مِنكُمْ وَالصَّـٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْۚ إِن يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهٖۗ وَاللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ۝

  • “Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karnia Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”  ( An-Nur (24); ayat; 32).
Inilah cara Rasulullah SAW ketika beliau melaksanakan perintah Allah SWT mengenai hal itu bagi puterinya Fathimah Az-Zahra RA anha… Baginda SAW memilih calon suami dari seorang lelaki yang patuh kepada agamanya, berani dan teguh imannya, iaitu Ali bin Abi Thalib RA. Ia hanya mampu memberi maskawin senilai 4 dirham.

Lihatlah juga Sa’id bin Al-Musayyab, seorang ulama kenamaan dari kaum Tabi’in (generasi sesudah generasi para sahabat nabi). Dia mengikuti jejak Rasulullah SAW dalam memilih calon suami bagi anak perempuannya, iaitu seorang lelaki miskin dan sholeh. Sa’id bin Musayyab lebih utamakan lelaki seperti itu daripada putera seorang ketua negara. 

Ia sama sekali tidak memandang soal-soal kedudukan, pangkat, kekuasaan, harta dan nilai-nilai lain yang akan hilang. Menantu pilihannya itu itu ialah seorang lelaki miskin bernama ‘Abdullah bin Wad’ah.. Sa;id melakukan semua itu kerana ia tahu dan yakin sepenuhnya bahwa puterinya akan menjadi isteri seorang ahli taqwa, sholeh dan benar-benar takut kepada Allah SWT.

إِذَا جَآءَكُمْ مَن تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ

  • “Jika datang seorang lelaki kepada kamu (untuk meminang anak perempuan kamu) dan kamu puas melihat penghayatan agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah dia.”
Begitulah antara panduan ringkas memilah calon suami dalam Islam. Wallahu 'klam.

No comments:

Post a Comment