Nicole Mansfield, dia asal AS syahid di Syria.
Seorang
warga Amerika Syarikat yang meninggal di Syria ketahui adalah seorang
Mujahidah atau pejuang wanita dari negara bahagian Michigan . Dia adalah seorang janda yang menjadi Islam lima tahun lalu .
Diberitakan Reuters , Jumaat 31 Mei 2013 , wanita bernama Nicole Mansfield itu diketahui berasal dari Flint , Michigan . Identitinya diketahui dari surat izin memandu dan SIM yang ditemui di tempatnya tewas , Idlib , Syria .
Bibi Nicole , Monica , yang ditemui Reuters mengaku tidak tahu bahawa anak saudaranya yang berusia 33 tahun tersebut pergi ke Syria . Monica mengatakan bahawa Nicole memeluk Islam lima tahun lalu selepas berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Arab Saudi . Mereka sudah bercerai .
"Saya sangat sedih . Jelas , dia berperang membantu pembangkang Syria , " kata Monica .Nicole Mansfield , mujahidah dari AS yang tewas di Syria
Monica mengatakan bahawa Nicole mempunyai seorang anak wanita berusia 18 tahun . Dia tidak menyangka bahawa Nicole mempunyai nyali untuk berangkat ke Syria.
" Saya tidak yakin dia menuju ke sana untuk melukai seseorang , " kata Monica .
Nicole tewas di dalam sebuah kereta di Idlib pekan ini bersama dua orang lelaki . Seorang di antaranya warganegara Inggeris dan seorang lain belum dikenal pasti . Sebuah pejabat berita di Syria Breakingnews.sy memuatkan gambar - gambar jenazah Nicole dan korban lain yang penuh luka tembak .
Menurut data kerajaan Amerika Syarikat , Nicole tengah bekerja untuk Republik Czech mengumpul maklumat di Syria . Tidak disebutkan maklumat apa yang dimaksudkan . Namun , berdasarkan laporan agensi berita Syria SANA , ketiganya ditembak kerana mengintip pengkalan tentera di Idlib .
SANA juga mengatakan bahawa salah satu dari mereka melontar tentera Syria dengan bom tangan .Saat digeledah , dalam kereta tersebut terdapat peta kemudahan tentera
milik kerajaan yang dilukis menggunakan tangan , sebuah komputer dan
bendera milik tentera gerakan perlawanan al - Nusra .Nicole
adalah satu dari banyak mujahid dan mujahidah dari seluruh dunia yang
berkumpul di Syria membantu perjuangan menggulingkan rejim Assad . Seorang dari mereka yang terkenal bernama Eric Harroun yang wujud menghantar gambar pertempuran di Syria .
Allahu Akbar. (IH/reuters)
1 comment:
beliau insan pilihan mendapat syahid.
perjuangan umat islam Syria melawan kekejaman
syiah bashar telah cuba dicemarkan oleh ISIS
semuga kita tahu membezakan mana ISIS dan mana
pejuang sebenar umat islam.
dn amat malang jika masih ada yg pro bashar syiah
laknatullah terutama mereka yg didalam PAS
Post a Comment