Tuesday, February 11, 2014

Pemantau Anti-rasuah, SPRM Bekerjasama, Desak Pembaharuan Kuasa





Badan pemantau anti-rasuah yang baru akan mendesak pembaharuan kepada Akta SPRM untuk memberikan kuasa kepada suruhanjaya itu melakukan pendakwaan dan melihat reformasi lain yang membolehkan ia menyiasat kes mereka yang bermewah dengan gaji tidak sewajarnya serta menyediakan perlindungan lebih baik kepada pemberi maklumat.

Isu itu dibincangkan semalam dalam mesyuarat tertutup antara badan pemantau anti-rasuah baru itu, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), pemimpin terttinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan wakil daripada 12 NGO.

Pengasas bersama C4, Cynthia Gabriel, berkata ini adalah kali pertama SPRM bekerjasama dengan masyarakat awam untuk mendengar kebimbangan orang ramai mengenai kekangan suruhanjaya itu.
SPRM diwakili ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; timbalannya, Datuk Sutinah Sutan; penasihat ahli lembaga pengarah, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan pengarah penyiasatannya, Datuk Mustafar Ali. – 11 Februari, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails