Kediaman Presiden Ukraine.
KIEV - Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden
Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah pemimpin
berkenaan selepas mendapati hartanah itu mempunyai sebuah zoo, berpuluh
koleksi kereta antik dan sebuah kapal layar, lapor akhbar Daily Mail
semalam.
Kediaman Yanukovich yang terletak di Mezhyhirya kira-kira satu jam
perjalanan dari Kiev diserbu para penunjuk perasaan selepas pasukan
keselamatan meninggalkan hartanah tersebut.
Yanukovich melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia selepas kumpulan
penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa
institusi pentadbiran sebagai usaha menubuhkan sebuah kerajaan
sementara.
Para penunjuk perasaan hampir tidak percaya apabila melihat hartanah
berkeluasan 140 hektar itu yang lengkap dengan sebuah zoo, sebuah garaj
kereta antik, sebuah kapal layar, rumah tetamu, pad pendaratan
helikopter dan padang golf.
Kediaman milik pemimpin itu juga dilengkapi dengan perhiasan mewah
sedangkan rakyat negara berkenaan hanya mempunyai pendapatan purata
kurang £300 (RM1,600) sebulan.
"Kami tidak sangka Yanukovich semewah ini dan beliau juga sangat
melampau kerana menggunakan wang rakyat yang miskin seperti kami dengan
sewenang-wenangnya,'' kata seorang penunjuk perasaan, Serhiy Remezovsky.
Krisis di Ukraine bermula selepas kerajaan pimpinan Yanukovich enggan
menandatangani Perjanjian Hubungan Ukraine-Kesatuan Eropah pada
November lalu kerana beliau lebih berminat menjalinkan hubungan dengan
Rusia.
Siri protes antikerajaan semakin memuncak apabila beribu-ribu
penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis pada minggu lalu
mengakibatkan hampir 100 orang terbunuh.
Dalam perkembangan terbaru, Parlimen negara itu semalam memecat
Yanukovich kerana didakwa bertanggungjawab dalam kejadian terburuk dalam
sejarah negara itu. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat terkejut melihat kekayaan Presiden Ukraine. Ini suatu peringatan buat pemimpin-pemimpin mewah di Malaysia.
ORANG ramai mengambil peluang melawat kediaman mewah milik Yanukovich selepas pemimpin itu melarikan diri dari Kiev.- REUTERSG
Gambar bawah:
Puak-puak wanita-wanita ini membantah lain pula, sanggup kencing di atas foto Presiden Yanukovych yang mereka letakkan di kaki lima .
1 comment:
Mahathir lagi dahsyat dari Yanukovich, ada sumber menyatakan Mahathir ni orang ke-6 kaya didunia. Kat Malaysia kita tak nampak kekayaan beliau kat over sea bersepah harta dia tapi sebahagian rakyat Malaysia masih tak nampak lagi. Tu baru Mahathir belum lagi pemimpin UMNO yang lain. Bila pulak rakyat Malaysia nak buat macam rakyat Ukraine.
Post a Comment