Sunday, February 09, 2014

Samseng Arab Jadikan 'Zon Merah' Di Bukit Bintang.

Foto
KL: Pelacuran, dadah, pergaduhan dan prebet sapu. Itulah onar segelintir pak Arab yang semakin mendominasi kawasan Bukit Bintang di ibu kota hingga menjadikan lokasi itu bagaikan ‘zon merah’ di rantau Asia Barat. Lapor myMetro pagi ini.

"Malah, siasatan Metro Ahad mendapati samseng Arab mengambil alih kuasa dari kumpulan kongsi gelap tempatan, terutama di sekitar premis di jalan utama, hingga makin berani menimbulkan pelbagai masalah sosial di kawasan yang kini turut dikenali sebagai Ain Arabia.

"Sebelum ini kehadiran mereka sebagai pelancong diterima dengan tangan terbuka, namun kini tindakan segelintir samseng berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan."  Lapor seterusnya.
Sebuah pusat hiburan haram di Bukit Bintang, di sini, dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari Asia Barat bagi mengubah cita rasa pelanggan yang sebelum ini disogokkan dengan GRO dari China, Vietnam dan Indonesia, kira-kira sebulan lalu.

Ulat jual tiruan pun ada di situ..
 
Seorang wanita Arab yang berpakaian agak seksi berjalan di sebatang jalan tumpuan pelancong Arab di Bukit Bintang baru-baru ini.

Kegiatan menjengkelkan itu didedahkan kepada Metro Ahad oleh pemandu teksi dikenali sebagai Alim, 37, yang lebih 10 tahun memandu teksi sekitar ibu kota.

Menurut Alim, tidak dinafikan bukan semua pak Arab yang datang ke situ berniat jahat, namun sebilangan mereka turut terbabit dengan aktiviti kurang sihat, terutama pelacuran dan dadah.
 Ini, tukang urut di Bukit Bintang?

Selagi kerajaan Malaysia masih menganjurkan pusat maksiat,  bertopengkan pusat hiburan seperti yang diluluskan, selagi itulah 'maksiat-maksiat' tersebut akan berterusan dan menambah kepelbagaian masalah kepada negara.  Sebenarnya lebel 'negara Islam' Malaysia hanya sebagai topeng untuk melindungi 'perompak dan penyamun' maksiat!  (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Arab itu hanyalah bangsa...sama macam Melayu...tak kan berguna andai tidak ikut mangamalkan Islam...

Anonymous said...

Bersetuju mmg arab adalah bangsa... Tapi jahilkah mrk utk tidk fhm islam yg smmgnya diturunkn dlm bahasa mrk sdri? Amatlh malangnya apabila org arab x mengambil ksmpatan utk mnjadi lbh brtaqwa.. Sdgkan bangsa lain trpaksa utk memahami bhs arab trlbh dahulu utk mndalami islam... Amat sedih melihat arab x mengamalkan islam...

Anonymous said...

Bangsa tidak mewarisi iman bro. Zaman sekarang ni manusia beriman dengan duit. Arab dan Ajam kebanyakkannya menyembah duit, 24 jam sibuk dengan dunia. Bro anon 6.16pm anda pergilah jumpa samseng arab tu cakap rugilah jadi arab tapi tak nak bertaqwa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails